# Jiwa yang tersihir #

Sunday, 29 January 2012

+ jumpa adik beradik penulis di Kuala Lumpur :) +

*
*
*
hari jumaat lepas 
Wafa pergi jumpa adik beradik penulis  dekat KL :)
sangat excited sampai lupa nak tidur kih3

erm
dari Nilai wafa pergi dengan kak Mas dan Syamil Adzman
kalau nak pergi sendiri, mimpi je la







Kak Mas ni cantik + baik 
nusre gitu :)
kak Mas tanya Wafa satu soalan yang comel :)
"kalau akak tinggalkan kamu seorang diri dekat KL , boleh tak ?"
hihi , janganlah kak
*
*
ingat nak ajak Kak Naimah sekali ,
tapi beliau sibuk pula :)
hem , maka kami bertiga gagahkan kaki 
untuk ke stesyen KTM 
mereka pula terpaksa menggigihkan diri melayan Wafa
yang pertama kali belajar naik KTM  

JANGAN GELAK =,=


*
*


tangkap gambar banyak-banyak konon-konon profesional sangat
lantaran empunya diri tiada kesenian mengambil gambar
ditambah pula dengan kamera telefon yang nazak
maka terhasillah gambar yang hodoh ni huhu =,=
*
*





*
*
*
sampai je KL sentral , Syamil cakap macam ni sambil tersengih 

" mesti kau terkejutkan  ? ha... ha... "
 (amboi bukan main lagi dia memerli aku ! )
Kak Mas pula tak henti-henti menyuruh Wafa ingat jalan nak ke DBP :) orait bos !


Syamil jalan paling depan meninggalkan Wafa dan Kak Mas
termengah - mengejar wafa dan Kak Mas nak kejar *tipu
Beliau bagaikan pemandu  pelancong  kih3 :p
*
*





naik teksi sepuluh hengget :) tak pe sebab syamil yang bayar
Wafa dengan Kak Mas hanya tersenyum , kui 3
*
*
sebenarnya adik beradik kami ada 20 orang

tapi yang datang cuma 10 orang ... eh , sebelas orang sebenarnya :)
seronok sangat pergi bedah karya sebab dapat jumpa adik beradik :)
Wafa suka bedah karya !(ok, maaf terlalu excited )
*
*
*












kami pergi makan sama-sama :)
Ane! Ane ! hahaha
*
*
*
kemudian barulah BEDAH KARYA :)  :) dekat rumah Puspanita
Wafa tak sempat tangkap gambar waktu bedah karya
almaklumlah , terlalu khusyuk kih4
Wafa suka kena bedah karya sebab orang boleh hentam karya wafa :)
barulah kita tahu salah dan silap penulisan kita :)

semua ini adalah proses :)


*coach <3

Wafa ditugaskan untuk bedah karya Fathul khair @ Tinta aksara rawian kata @munsyi dewan bahasa :)

huhu , beliau ni memang hebat 
jalan cerita cerpen beliau sangat baik
ayat - ayat beliau pun sangat cantik
cikgu la katakan ...
Wafa tak jumpa pun kesalahan tatabahasa dan kosa kata dalam cerpen beliau
hem , *coach pun puji penulisan beliau
cayalah munsyi !
Wafa harap dapat kalahkan munsyi suatu hari nanti .Eh !.
Beliau komen karya Wafa sebanyak 4 mukasurat gitu ... wow!
sebelum bedah karya Abang Hafiz
sempat juga Wafa menadah ilmu tatabahasa daripada beliau 
kalau nak baca karya beliau 

*
*
*
Malam tu wafa ingatkan semua supaya baca karya wafa
terima kasih sebab sudi baca karyaku :)
dan terima kasih atas kritikan yang sangat membina ! :)
*
*
Kalau nak tahu
dalam adik beradik penulis kami ni 
Wafalah yang paling muda (eh , perasan ! )
tapi Kak Mis tetap paling cantik !
(ini jujur tau )
macam tu jugalah dengan penulisan wafa yang masih mentah huhu 
*
*
*
terima kasih juga untuk

Kak Nora yang mantap karyanya dan dengar celoteh Wafa
Kak Mas yang sabar ajar Wafa naik KTM hik3 dan belanja Wafer
Kak Mis yang dengar kisah silam Wafa dan jadi member ngumpat 
Abang Nip-nip yang lawak (teringat ayam )
Syamil yang belanja tambang teksi dan duit saguhati SPM 
Ahmad Syafie dan kawannya yang setia bedah "karya cinta" Wafa 
Fathul Khair yang ajar balik tatabahasa budak darjah satu kih3
*
*
dan semestinya para coach :)
 Kak Ijah yang temankan Wafa tak tidur malam 
serta
 Abang Hafiz yang belanja nasi lemak dengan air tea o suam :)
nak baca entry fasal coach 

Wafa tak sabar nak jumpa adik beradik yang lain bulan tiga ni  :)

P/S = lepas ni Wafa dah boleh pergi KL sendiri :) kih3

*
*
*
baiklah , wassalam










Saturday, 28 January 2012

+ Di langit hati Wafa Awla +


oleh sebab tak semua benda kita boleh ucap dengan lidah :)

jadi
Untuk entry kali ini 
Wafa nak cerita fasal mereka 

*
*
*

*
*
*
inilah coach Wafa :)
sebenarnya waktu mereka suruh bagi kata-kata akhir tadi 
banyak benda sebenarnya nak cakap ( macam nak bagi khutbah sabtu pula )
tapi , ish ! susah la nak cakap 
Wafa ni penyegan orangnya (kui3  siapa nak muntah pergi cari baldi )
*
*
*
sebelum jumpa mereka
Jujur la Wafa cakap 
hem ... 
Wafa memang masih tersangat baru dalam bidang penulisan ni 
banyak benda tak tau 
Tiba - tiba masuk MPR
tiba-tiba kena buat cerpen
tiba-tiba kena menaip
tiba- tiba  kena kritik

semuanya tiba-tiba

Kak Ija sendiri pernah dengar Wafa mengaku kan ? ( alahai , yang waktu kita tak tidur semalaman tu ! )

Wafa masih tak tahu banyak benda
bila orang kritik karya Wafa salah  tu , salah ni 
Wafa terima :)
tapi , yang Wafa terkilan mereka tak bagi tau macam mana nak betulkan kesilapan  
 jadi Wafa rasa ,

( kenapa aku ni bengap sangat sebab tak faham-faham  . )
maka tak hairanlah jika ada cecair jernih yang mengada-ngada nak keluar dari mata ni!
*
*
*
bila Kak Ija suruh hantar cerpen
dan pulangkan untuk diedit semula
Wafa sangat terkejut kerana dia telah menanda dengan sangat jelas
dan
kasi tahu sebab dan macam mana nak betulkan 

 kak Ija kata , 
" semua ini adalah PROSES "
maka Wafa paksa orang baca karya Wafa dan hentam pada keesokkan  harinya
(huhu , maaflah ya kalau tersiksa dan demam kerana  membacanya hik3 )

*
*
*
sebenarnya Wafa tersangatlah ambil hati
apabila abang Hafiz baling botol dekat Wafa ( ish ! tak patut betul )
sebab kejadian itu telah membuatkan Wafa berfikir panjang mengenai dunia penulisan 
dan menjadikan Wafa agak senyap semasa dalam KTM dan  LRT  ( nampak sangat selama ni bising ! )

dan buat Wafa berfikir

kenapa perlu mengalah
tiada sebab untuk rasa terhina


terima kasih untuk semuanya coach !
doakan Wafa berjaya :)   :)  

because i am lover   (kih 3 )




*
*
eh lupa pula ! erm ... Wafa pinjam gambar kat atas tu ok !

baiklah , wassalam  :)



+ Entry DEBOM ! segmen " Ya , saya kecewa " +


huhu , baiklah sebenarnya bagi wafa semua entry adalah best 2belaka 
maka amatlah parah kepala otak Wafa untuk pilih yang DEBOM !

+ nak baca entry mereka gigit sini +

*
*
setelah sekian lama berendam dalam kekeliruan *ewah !
akhirnya Wafa rasa inilah blog yang akan
dilekatkan dalam blog wafa yang nazak ni ukh..ukh (batuk sikit ! )
 




*
*
*








Wafa pilih entry ini adalah disebabkan 
erm ... ish susah la nak terangkan 
kalau Wafa cerita , awak semua tak mau singgah pulak blog dia
baca sendirilah ok !
nak baca ? sila tekan 

+  SHARINA ABDULLAH +


*
*
*
cuma pesan Wafa > kita hargailah apa yang kita ada =)
Lepas ni wafaawla.blogspot akan tampil lagi dengan segmen menarik
jangan lupa join ok !

baiklah wassalam

Thursday, 26 January 2012

+ senarai peserta segmen " Ya , saya kecewa " + ( update ! )


huhu , terima kasih la banyak-banyak kepada blogger yang join
ingatkan tak ada sesiapa pun yang sudi nak join

(bila fikir balik nak join sendiri punya segmen sebab kecewa tak ada sapa mau join )

Namun , andalah penyelamatnya  , 
huhu :) gembira wafa sebab mereka ni sanggup join

*
*
*


jom kita terjah kisah  mereka :)

http://malyhah.blogspot.com/2012/01/yasaya-kecewa-by-wafa-awla-saia-kecewa.html

http://zamani84.blogspot.com/2012/01/ya-saya-kecewa.html

http://tearscounter.blogspot.com/2012/01/segmen.html

http://fahuna.blogspot.com/2012/01/segmen-ya-saya-kecewa-by-wafa-awla.html

http://e-zo94i.blogspot.com/2012/01/segmen-ya-saya-kecewa-by-wafa-awla.html

http://sharinalalala.blogspot.com/2012/01/segmen-ya-saya-kecewa-by-wafa-awla.html

http://yanaraofstory.blogspot.com/2012/01/segmen-ya-saya-kecewa-by-wafa-awla.html

http://bebeldotsorang.blogspot.com/2012/01/segmen-ya-saya-kecewa-by-wafa-awla.html

http://qieyla4everstory.blogspot.com/2012/01/ya-saya-kecewa.html


                                                       Baiklah , wafa sebenarnya buat segmen macam ni supaya 
 kita lebih kenal rakan-rakan blogger kita . Sekurang-kurangnya kita tahu sebab kawan blogger kita tu sedih 
                               barulah betul-betul kita cakap " rapatkan ukuwah sesama blogger "

                                               terima kasih dekat awak semua yang sudi join segmen ni
                                                           kalau ada masalah kita boleh kongsi
kalau ada pengalaman pun kita boleh kongsi :) boleh jadi pengajaran dekat blogger lain ... betul tak ?

                                                                 tak ada isu " entry minta simpati disini "
                                                                   sebab awak semua memang 

                                                                 SEMPOI ! :) :)

sementara wafa umumkan entry paling DEBOM! jom kita kongsi cerita rakan blogger kita yang lain ok !

Wednesday, 25 January 2012

+ Segmen " Ya , saya kecewa ! " by Wafa Awla +



segmen ditutup :)


Assalamualaikum semua :)
*
*
*
huhu ini lah kali pertama Wafa buat segmen
jadi , jom lah bagi sokongan sikit 
dengan mengjoin diri anda di segmen ini 

nak join senang je :)
*
*
- Buat satu entry berjudul  Segmen  " Ya , saya kecewa ! " by Wafa Awla

- memandangkan empunya blog tak geti buat banner
anda copy je gambar ni dan tepek kat entry anda
jangan lupa linkkan sekali tau :)

- Dalam entry tu , ceritakan apa peristiwa yang awak rasa sangat kecewa
dan nasihat sikit :)
p/s = politik , lucah dan caci maki yang keterlaluan adalah dilarang

- Tak wajib follow blog nazak wafa ni (kalau awak baik follow la )

-Tak wajib tag (kalau awak berhati mulia tag lah ek ! )

- Dah siap , postkan link entry anda di ruang surat cinta tu ok :)

-Entry yang paling menarik akan dilekatkan dengan gam gajah selama 2 Hari :)
dan url dia akan diletakkan dalam bloglist :)

- Segmen tamat pada 26 Jan 2012 pukul  9 Malam :)

- Jom  kita kongsi cerita !


tak payah nak perli orang macam-macam , kau pun hipokrit juga !

*
*
Wah , tajuk entry bukan main panjang menjela  lagi 
macam  nak mengamuk satu kampung pun ada
huhu , 
 tarik nafas ...hembus , fuh =,=
hidup kena cool betul tak?

(sebenarnya ada terbaca satu entry dekat satu blog ni , tiba-tiba terasa wafa pernah alami benda yang sama )
*
*
*
ya , kepada pembaca yang baik hati sekalian

wafa nak story sikit fasal somebody ni :)
eh , mungkin perkara macam ni pernah berlaku pada awak juga 
(sila kongsi diruang komen kalau awak pun ada story yang sama ok ! )


*
*
*
ya ! Wafa terima semua kekurangan  dia .
walaupun ramai orang tak suka Wafa buat macam tu

what i do ?

Wafa tak rasa ini pulau - mempulau ni boleh selesaikan masalah .
jadi , Wafa pun ignore je la 
tak pa , pahit kita telan sama-sama :)

namun , wah !
dia pula yang termakan dengan kata-kata  busuk plus membongak 
Tanpa bincang atau tanya perkara sebenar pun ... hem
*
*
*
tak pa , ramai lagi yang sayang dekat Wafa
Wafa pun tak perlu orang macam tu dalam hidup Wafa !

*
*
*
kepada pembaca sekalian 
Think Posotive ok !
kita bukak dunia baru

PERCAYALAH !
RAMAI LAGI DALAM DUNIA NI YANG MASIH SAYANGKAN ANDA !

TERMASUK WAFA :)

*
*
*
baiklah , wassalam 
" Kalau kau terasa la wei , memang entry ni untuk kau pun ! .
Terima kasih sebab masih lagi mengintip aku kat sini !
lepas ni , apa lagi yang kau nak cerita fasal aku kat orang ? "


+ "Segmen :Aku & Novel" +

*
*
*
heyyah ! (aksi silat tetiba )
Apa kahabar semua :) ?
 Wafa memulakan entry kali ini dengan silat gayung 
semperna hari kurus sedunia
*
*
*
baiklah!
Wafa sangat suka kalau ada segmen yang lain dari yang lain 
macam ni
nak tau apa ?


TADA ~
*
*
*
NAK JOIN PICIT SINI KUAT-KUAT

*
*
*
Novel yang Wafa sangat gila 
ialah 



By Ramlee Awang Mursyid !!! (histeria )
(novelis triler no 1 di Malaysia ! )

Ye la Wafa tak berapa la nak cintun jiwang karat ni
kalau awak nak tau  
novel ni bersiri tau !

bagaikan puteri > cinta sang ratu > Hijab sang pecinta > Cinta sufi > Sutera bidadari

dan satu lagi episod selamat tinggal yang belum dikeluarkan !



wafa memang minat baca karya beliau
temubual dekat Nasi Lemak Kopi o bebaru ni pun Wafa tengok !

siap menggatal lagi komen dekat NLKO 



huhu , ni karya baru beliau :)

Wafa harap dapat tulis novel macam beliau !

*
*
*
awak semua terjah la sekali tau novel beliau !

baiklah , wassalam


+ Follower ke 3 0-0 :) +

*
*
Hem , semalam dah bagitau bahawa Wafa Awla
mencari follower yang ke 3gatus 
ye la , mungkin ada yang kata
"Alahai baru tiga gatus nak kecoh , follower aku dah 654298290 orang relex je "
hello mokcik
ada wafa kisah dengan follower awak?
dah pergi sana jejauh
Wafa menghargai follower wafa , awak ada ?
ops , maaf la ye teremosi sebentar


jadi
sekarang
*
*
*
Wafa persembahkan
+ CIK GADIS + !

cantik kan ?

ni belum Wafa cerita fasal blog dia yang serba-serbi cute tu

ok , mula-mula cuba awak tengok tarikh mula berblogging dia :)

baru lagi kan?
jom la sokong dia :)

*
*
*


nak masuk je blog dia , akan ada la bear yang comel ni menyambut kedatangan dia
kepada mereka yang tengah baran , 
kalau tengok je bear ni terus sejuk

tapi ,
sebelum masuk blog dia ada peraturan

WAJIB LAWAT BLOG WAFA DULU... ahaks!
*
*
*
cuba teka apa entry dia yang Wafa baru baca


ya!fasal langit biru
huhu , kita memang ada chemist la dek :)
nak baca yang selebihnya , rajin-rajinlah ke blog beliau

*
*


ada star yang comel tersenyum
ada lagu korea
teringat cerita my girl :)

ok , tak mau nak bereloteh panjang menjela
nak tengok blog beliau



baiklah , Wassalam 


Monday, 23 January 2012

+cuci mata di ICT +

*
*
*
huhu ,apa khaba' semua penghuni rimba sekalian ? sihatkah anda :)
 gaya cakap dah macam RAJA RIMBA ..HAUM !!
ok tak payah nak susah-susah cakap fasal singa
kita terus berlintas langsung ke ICT !!!







*
*
*
Mula-mula tak merancang pun nak pergi
Mokcik Azizah la yang nak pergi :)
Tiba-tiba dah semua pula nak ikut
maka kami berkonvoi la sebanyak 5 kereta 
meluncur ke ICT




serius memang gamai gila orang !
namun , di gagahkan juga kaki ku ini untuk pergi ...huhu , tabah gitu :)
*
*
*
ni kali ke 2 pergi sini , waktu tu baru nak buka lagi tak banyak benda sangat 
TAPI KINI !

*
*
*
dah siap ada bangau  yang memang statik  double pencen , kalau tak de lauk
tangkap jer seekor , masak kat rumah ...
*
*
*
*
*
*
*
huhu , tu dia tanglung semperna gaya Cina la katakan
*
*
*
*
*
disirami dengan lampu walaupun pohon tu tak berbunga :)
*
*
*
*
*
*
walaupun gambar kat sini memang huduh yang amat 
apabila camera henphone tak macam i phone 4s
ditambah pula dengan tiada kemahiran dalam seni mengambil gambar
maka , terhasillah gambar yang @$#$% ni
*
*
*
demi nak naik EYE ON ICT 
maka wafa rela beratur sepenjang 879kilometer *ok tipu
tiba-tiba ada  abang  yang beratur di hadapan Wafa  ni memakai ini


tak nampak ?


Wafa dah minta pertolongan atuk google
dan ternyata memang wujud la website tu :)
ingat kan nak minta alamat blog ... almaklumlah merapatkan ukuwah
namun , kang dia fikir che' ni lagu mana pula huhu
maafla kepada abang empunya diri kerana wafa telah menciplak gambar ini
*
*
sedikit permandangan dari bendalah bebulat tu
*
*


*
*
memen sedara wafa ni dah dok menjampi supaya dipercepatkan
bendalah bulat ni melakukan pusingan
takut katanya , manakala Wafa sekadar ketawa ..kih3
*
*
*
*
*



kanan tu la Mokcik Azizah , yang sebelah tu Mak Long 

kemudian kami menternak lemak di MCD




sedikit koyok , teringin nak jadi wartawan :)

terima kasih semua :)
*
*
*

*
*
*
baiklah wassalam



Sunday, 22 January 2012

+ moga terhasil :) +


 Apa khabar semua ?
huh , rasanya dah lama tak mengupdate blog 
maklumlah berukban sudah pun limit :(
ni pun nasib baik jer boleh tiba-tiba bernyawa berukban nih 
*
*
sebaik sahaja jari jemari mulus *ewah!
membuka akaun FB , maka terbacalah
penggumuman ini 
*
*
*
*
*
*
harap sangat antologi kali ini dapat diterbitkan :)
doakan sekali tau
karya Wafa pun ada terselit kat dalam tu
terima kasih sifu Salina!

mungkin hari ni Wafa kongsi antologi denga karya orang lain
tapi , esok lusa...
Wafa boleh buat antologi Wafa sendiri pula
siapa tau ?
huhu , amin 

baiklah , wassalam

Wednesday, 18 January 2012

+ Rumah Wafa pun kena PECAH MASUK ! +





*
*
pagi tadi Wafa ada tengok MHI 
cerita fasal Wardina (kes rumah dia )
Lepas tu baca entry Abang Ben (Fasal keselamatan )






memang Wafa dah rasa lain macam
Kenapa semua benda yang Wafa jumpa hari ni cerita fasal pecah rumah ?
*
*
siapa tahu Tuhan nak bagi petunjuk .
Kemudian Wafa pun sambunglah cerpen Wafa yang tak siap lagi
terasa haus pula
*
-WAFA PERGI DAPUR BANCUH TEA
tiba-tiba rasa macam tak sedap hati
waktu nak masuk bilik  , wafa jenguk dapur sekali lagi
erm... tak ada apa-apa kot (cuba sedapkan hati )
wafa ingatkan ayah dah kunci pintu belakang


(maaflah buruk , wafa harap awak cuba fahamkan...)



pintu belakang warna merah tu
 selalunya memang kunci !
Wafa terlepas pandang nak cek 

Wafa rapatkan pintu warna coklat tu , memandangkan selak dia dah rosak ,
wafa cuma rapatkan saja 

*
*
 jam waktu tu masih pukul 1 lebih
Wafa sambung taip cerpen
*
*
Memang Allah nak tunjuk rasanya
Wafa dengar bunyi tapak kaki yang lain
(sebab kalau bunyi tapak kaki ahli keluarga sendiri wafa kenal ! )

*
*
Wafa perlahankan lagu , dan kunci pintu bilik
*
Ya , memang betul ada perompak masuk !

Wafa bersyukur sebab ayah ada baca ayat quran untuk dinding rumah kami
*
*
Tiba-tiba perompak yang tak bertamadun tu jadi mamai
dia kejutkan adik Wafa 
urut tengkok adik Wafa
lepas tu dia tanya macam ni

"kau ... KFC ..tu . Hem aku datang balik . Mak Leha dah balik ?"
*
*
Kemudian ayah Wafa tersedar ada orang cakap-cakap 

Ayah bangun . Ayah ajak cakap kat luar . Telefon polis  dan selesai.

dia tak sempat rompak apa-apa dan tak melawan langsung.

mungkin sebab ayat quran punya kuasa :)
*
*
Lepas tu ayah pegi balai . Buat laporan , rupa-rupanya
dah banyak rumah yang dia dah pecah masuk 
Alhamdulillah , kali ini baru tertangkap . 

Ayah sempat kejutkan jiran-jiran , suruh mereka periksa keadaan rumah masing-masing

Wafa dengan sepantas kilat , membuat entry fasal kejadian ini 

SUPAYA WAFA TAK NAK ADA ANTARA PEMBACA DAN RAKAN BLOGGER
AKAN ALAMI PERKARA YANG SAMA
CUKUPLAH WAFA SEORANG YANG ALAMI 
*
kalau awak nak tau dia tak pakai kasut , dia cuma pakai stoking
dari negeri lain
tak pakai baju
dan kata abang Wafa

"hish , dah bau dadah "
sebab perombak tak bertauliah tu sempat duduk kat ruang tamu 

*
*
Allah akan tolong setiap hambanya . Itu pasti !

kalau kita terlepas sekali , tak bermakna kita akan diberi peluang untuk mengulanginya 

ingat pesan Wafa  >>>  JAGA KESELAMATAN ANDA :)

sujud kepada Allah atas segala perlindungan . 

baiklah , wassalam