Bicara Di Lorong Sepi
l
Kau menginginkan seperti itu
Kau mahu yang itu
sayangnya kau bukan sesiapa yang boleh menentukan sesuatu
Kau pun tahu bahawa tak semua yang berlaku
adalah menurut keinginanmu.
Sesudah engkau sangat terkesan dengan semua ini
engkaupun berjalanlah di lorong itu
di sana kau menangis - sayangnya aku dapat melihatmu
Dalam sedan kau yang nyaring itu
aku tahu bahawa kau mula memahami makna ujian ini
Terkadang,
ini tempat kau menaruhkan sebuah janji
dan janji itu diejek, dirobek-robek
ini tempat kau tawarkan budi
dan budi itu dibunuh dan mati bersemadi
mungkin memang mereka yang tak tahu menghargai
mungkin juga bukan engkau yang patut salahkan diri sendiri
kau
dalam riak terkejut melihatku yang menghampiri lantas berkata
sudahlah hati,
mari teruskan perjalanan ini.
2 comments:
best!
nanti ajar akaq erh camne nak buat ayat2 best
hee
umpama bisikan hatiku,.
Post a Comment