# Jiwa yang tersihir #

Tuesday 2 October 2012

Berbicara Tentang Cinta

 
Cinta?
satu perkara yang amat mengujakan.
Bahkan cinta, adalah perkara yang mustahak. Semua manusia perlukannya.
  Dalam cinta ada kasih dan sayang. 
 ada hormat
ada segalanya.
 
Bahkan Ibn Kaldun dalam tulisannya menerusi kitab Al Muqaddimah menyatakan  
bahawa fitrah manusia adalah saling memerlukan dalam kehidupan. 
Berbekalkan sifat toleransi inilah akan dapat mewujudkan semangat assobiyyah - kebersamaan.
Melalui sifat kebersamaan inilah akan dapat mengukuhkan hati-hati kita 
seterusnya membina suatu negara yang hebat
Namun, bila mana manusia hilang perasaan cinta 
https://encrypted-tbn2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQlo4sKLhUKzVccn0F6vLWbdxYfRXb5c3h89F-rlaXnxqTVxYXF 
 
 
 https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRTKiSo-su1RzCYiyYUDnI8X8N945rcr-KM6LwrrrO38nVos9Fr
 
cuba kau katakan, apalagi yang boleh diharapkan?
 
 
 
 
 tanpa rasa cinta sesama manusia
kita akan menjadi sangat hina.
sahabat,
Rasulullah itu sangat hebat rasa cintanya.
Baginda tidak sesekali memaksa orang untuk menerima dakwahnya
kerana baginda percaya Islam ini jalan yang benar juga Allah Maha Pemegang Jiwa Hambanya
Seorang lelaki yang kencing di masjid, 
 sahabat baginda sangat marah.
Rasulullah dengan tenang dan penuh lembut menegur lelaki tersebut secara berhikmah.
Bila mana Rasulullah dilembar dengan batu dan malaikat bertanya
"Wahai nabi Allah, jika kau mahu aku terbalikkan gunung ini. Aku boleh lakukan"
Rasulullah tidak marah sedikitpun. Bahkan mendoakan kelompok kaum tersebut
cuba kau katakan padaku, akhlak siapa lagi yang lebih baik jika bukan akhlak Nabi Allah?
Akhlak nabi itu seperti Al Quran
Al Quran itu kata-kata Pencipta Cinta
 
Cinta adalah sesuatu mulia yang datangnya daripada Allah. 
Dan kita yang harus menjaga dan memulangkan kembali dalam keadaan mulia juga. 
Jika hilang perasaan itu daripada hatimu atau tiba-tiba menjadi terhina, maka awas.
lalu sahabatku,
Ayuh, sebaran cintamu !
 
 
Moga kita tidak lupa menjadi manusia.
berjiwa hamba.

1 comment:

ChoColat DonuT said...

good entry... :-) cinta dpt mengubah segala2nya...