Sudah kautanya Pada Diri ?
Saya seperti masuk kembali ke dalam dirimuhasabah kembali segala perjalanan ini.Saya bagai sedang diperhatikan.tentang tangunggjawab - semestinya bukan kerja main-main Ada seorang rakan pernah katakan pada saya
"Tentang bakat- ini adalah satu amanah, Wafa"
bohong kalau kamu tiada bakat !semua orang ada bakat yang dikirimkam Tuhan.Soalnya, bagaimana kita menggunakan bakat itu?inin ternyata soalan yang berat. Ternyata, saya bagai terasa Tuhan sentiasa mengingatkan saya dengan cara yang paling seni dan kasihmisalnya, rakan-rakan di alam maya rajin bertanya tentang soalan-soalan yang sangat 'sentap'dan meyedarkan
-Sedang baca buku apa ?(Malu pada diri sendiri kalau judul buku yang diberi adalah buku sebulan lalu)-Karya terbaru apa ?(malu pada diri sendiri kalau karya tersebut adalah karya sebulan lalu)-Sudah ada idea untuk buat cerpen?(malu pada diri kalau idea itu adalah idea Sabtu lepas dan tak berkembang)-Berapa buku sudah dibaca minggu ini?(soalan ini lebih mengancam)-Sudah mula tulis novel ?(soalan ini boleh buat saya pengsan)
saya ditegur oleh seorang kakak katanya" Dik, buatlah. Tak guna kalau berkata sahaja tanpa bertindak. Bukan mahu menjatuhkan, tapi ini semangat"serius.Saya anggap ini adalah teguran daripada Tuhan yang menggerakan hati-hati manusia.juga,rakan sebilik akan selalu bertanya."Berapa hutang telah kau langsaikan , wafa ? " - sambil melihat susunan buku-buku saya di atas rak.
Ternyata hidup adalah manis dengan saling menyedarkan.Muhasabah ini perlu.Sudah kautanyakan pada diri tentang tanggungjawab ini ? Jadi, bila agaknya kita mahu mulakan ? -sekarang !
No comments:
Post a Comment