# Jiwa yang tersihir #

Thursday 30 August 2012

Tika Membaca Bisu Waktu.

 
 
beberapa bulan yang lalu
sebelum keputusan SPM dikeluarkan
saya rajin untuk membaca, membelek cerpen dan sajak yang tersiar di dua akhbar berkenaan
 
-Mingguan Malaysia
- Berita Minggu
 
hingga pada suatu hari, kalau tak silap bulan Mac
terdetik satu suara dalam hati saya
"Asyik baca karya orang lain saja, entah bila pula karya sendiri"
 
Saya tidak tahu menulis sajak ataupun cerpen dengan baik
jadi, saya sekadar berangan saja. Mengarut.
saya belajar tulis sajak mula - mula dengan kak Fatimah menerusi FB
(selepas keluar daripada MPR- pun saya tak tahu macam mana saya boleh masuk program itu)

saya fikir, tulis luahan hati saja sudah memadai
ternyata saya silap. Silap amat
maka saya bermula daripada kosong
belajar tentang citra dan segalanya.
pun saya masih belum faham sepenuhnya. "Saya baru kenal "  ayat ini mungkin lebih benar
 
pulang daripada bengkel puisi anjuran Legasi Oakheart seolah - olah menampakkan saya
tentang puisi yang dahulunya gelap- mungkin boleh jadi sedikit terang - meski cuma kabur-kabur
semestinya atas bimbingan kak Eja, Abang Hafiz dan Abang Fahd
 
juga bertanya dengan ramai orang di laman maya tentang puisi.
geledah buku, baca itu, rujuk ini
tak, saya memang tak segan nak bertanya
 
amboi, panjang sungguh bebelan saya.
------------------------------------------------------------------
setelah masuk UIA 
jiwa saya bagai dirusuh dan mengalami satu kejutan yang tak dasyat sangat pun, tapi bolehlah
ilham untuk menulis makin hebat bersilat-silat , cewah !
walaupun saya kurang pasti akan kualiti karya yang terhasil  = = '
 
ketiadaan komputer riba telah menjadikan saya sebagai insan yang lebih tak tahu malu
terima kasih jiran saya iaitu Nabilah Aiman yang sudi meminjamkan notebook bila-bila masa kalau saya mahu berkarya. 
sahabat terlalu memahami ^ ^
 ketika datangnya bulan puasa, maka saya tiba-tiba menulis puisi ini.
Tika Membaca Bisu Waktu (sebenarnya satu monolog untuk Tuhan )
 dan tersiar di Berita Minggu
 
 
 
 mungkin pada sesetengah orang, hal ini nampak sangat biasa. Saya bukanlah menang HSKU atau HSPM. Maka mengapa perlu dibangga sangat?
hehe, tapi ini adalah pertama kali karya saya tersiar di akhbar,
26 ogos
pada umur saya 18 tahun (aish, lambat sungguh. Agak -agak karya saya akan ada di mana waktu umur saya 20 tahun? ah ! saya pun buntu)
 
saya harap ini batu loncatan
meskipun sajak itu  belum cukup hebat .
 
-----------------------------------------------

kepada yang pernah mengajar saya puisi dengan penuh rimpuh,
mungkin ini adalah bukti pertama
yang saya tak main-main , hehehe 

saya berkira-kira mahu lipat ganda usaha untuk menembusi Mingguan Malaysia
berangankah saya ?
lalalala ~
 
---------------------------------------
Ayah kecil hati sebab nama pena saya tiada namanya... saya juga masih berkira-kira untuk menukar nama pena. hem. 

wasalam.



 
 

2 comments:

Cik Rose said...

Tahniah dik.. teruskan usaha ye.. Kak Ros pun memang minat menulis, tapi, setakat ni tulis untuk koleksi sendiri je :)

Kekwa said...

saya peminat nombor satu karya awak :) teruskan berkarya ... moga Allah permudahkan usaha awak , insyaAllah :)

uhibbukifillah abadan abada <3