# Jiwa yang tersihir #

Thursday 30 August 2012

+ Sebuah Entri Kepada Diri +

 
ternyata tak semua perkara akan dapat kita faham dalam masa terdekat
kita perlu pengalaman untuk lebih memahaminya
menginjak usia 18 tahun (sebenarnya masih 17 selagi tak sampai bulan 12 )
entah kenapa saya sudah mahu berfikir lebih matang dan serius
(walaupun saya ni sangat tak serius dan macam budak-budak orangnya  = =' haih)
barangkali hidup di institut pengajian tinggi amatlah lain susana,pandangan, juga corak pemikiran yang pelbagai
 
 
 
saya sangat mahu nikmati hidup apa adanya
semampunya
saya mahu cuba segala-galanya
meski mustahil untuk buat semua perkara dalam satu masa , hehe 
 
 
 

lewat pemehatian saya terhadap beberapa perkara telah membawa satu kesimpulan 
dan kesimpulan itu sebenarnya memaksa saya berfikir lebih dalam tentang hidup
tentang tanggungjawab 
tentang ... ya, tentang diri.
 
saya kira, sudah perlu untuk saya tinggalkan dunia yang lembap dengan iklim yang tidak sihat itu
saya sedar bahawa saya harus memandang dunia dan kehidupan dari kaca mata seorang pejuang
dan saya telah membuat target tertentu.
 
 
http://ts4.mm.bing.net/images/thumbnail.aspx?q=4727398181110103&id=a5afec88af4a78dca20cdcf004c49b43 
 
 
namun entah kenapa
kadangkala, saya tidak yakin dengan diri
sering saya ada suara- suara ragu yang berbisik 
maka saya jadi  lemah
banyak pula soalan yang mempertikaikan usahas aya
 
mampukah saya ?
 (kalau berbicara soal mampu, semua orang ada kemampuan. Setiap mampu untuk terbang,kenapa saya memilih untuk merangkak ? duhai )
 
belum cukup matang, mengapa mahu teruskan ?
(tapi, bukankah setiap orang itu menjadi matang dengan pengalaman? dan pengalaman harus dimulakan degan keinginan)

bagaimana kalau suatu hari nanti impian ini tak tertunai?
ini adalah soalan yang sering membuat saya berfikir lagi, lagi dan lagi

-----------------------------------------------------------
baik, kita buat perbandingan 
eh, panjang pula entri ini, terpulanglah kalau anda mahu meneruskan pembacaan atau tidak. hehe


kalau impian terlaksana

- saya akan berpuas hati 
- saya sudah berjaya
-segala cabaran sudah saya tempuhi
- impian saya tercapai 
-saya sudah jadi seorang pejuang 

kalau impian saya tak terlaksana

- saya sebenarnya sama macam orang lain
-saya tak mampu buat 
-saya bukannya sedang membina impian tapi angan-angan
-saya loser
-saya tak tabah
-masyarakat / orang sekeliling akan anggap saya sekadar cakap kosong
- saya minah propa, cakap tak serupa bikin
-saya hanya pandai cakap saya
-saya tak boleh diharap
------------------------------------
bedasarkan perkara yang saya senaraikan, maka terbukti bahawa
saya seorang yang negatif !
jangan ikut saya.
Nah,
kala suara suara sumbang ini berbisik yang bukan-bukan
maka saya akan segera muhasabah


- mental block adalah tidak patut
-berfikir kita akan gagal, adalah kegagalan yang terbesar
-Setiap harapan dan impian adalah doa untuk kejayaan
-selangkah untuk mencapai kejayaan, kita sudah bergelar pejuang
dan
percaya pada Tuhan, Tuhan yang memegang hati-hati manusia
biarlah Tuhan jagakan semangat itu
biar Tuhan memeluk mimpi-mimpi itu.

Tuhan tahu, bahawa kamu telah berusaha untuk itu !
 ----------------------------------------------------------
 suatu saat nanti
semoga kamu mengeti
yang saya tak pernah bergurau tentang ini.

wasalam.

No comments: