# Jiwa yang tersihir #

Tuesday 21 August 2012

Aidilfitri- Kembali kepada fitrah.

 

waktu darjah 6 dulu
ustaz cakap
orang cakap bulan Ramadhan tu bulan ajaib
pahala diganda-ganda
orang kat kubur pun akan ada cuti daripada siksa
lepas tu ada satu malam yang kalau kita nak minta apapun, mesti dapat
  
"minta nak jadi kaya boleh tak ustaz? " 
"boleh"
"minta nak pandai ? "
"boleh" 
 
lepas tu bukan main teruja nak beli kasut baru, baju baru
baju dengan kasut mestilah nak yang cantik 
paling tak pun lebih cantik dari anak Pak Cik polis depan rumah tu
lepas tu, kutip duit raya 
walawei, seronok
 
setakat tu je la, fikiran zaman kanak-kanak
------------------------------------------------------------------
 
 bila dah membesar ni, akhirnya kita pun makin mengerti 
Ramadhan adalah bulan
membasuh hitam hati dengan jernih keampunan
juga bulan menggapai cinta
bulan padanya keampunaan - ahh, rindu ramadhan.

dan Lebaran
adalah hari untuk para pemenang
yang mana mereka kembali kepada fitrah
sebagai hamba tuhan
 hanyalah seorang hamba

"Alastu birobbikum, qolu bala syahidna"
bukankah aku Tuhan kamu?
-bahkan YA !
 (7 :  12)


akukah yang menang itu ?

No comments: