# Jiwa yang tersihir #

Friday 31 August 2012

ELEGAN - Anak Sulung Saya !



Kuatkan radio , kuatkan radio...  anda
buntangkan mata, buntangkan mata ... anda





wah !
 rasa macam nak guling-guling tengok  anak sulung saya
ini bukan majalah fesyen tau !
ini adalah buku antologi puisi kami daripada adik beradik legasi oakheart (LO)
Ada 16 penulis kesemuanya
setiap penulis menyumbang 4 puisi dalam antologi ini

HARGA PROMOSI RM 15.OO
HARGA KAWAN-KAWAN RM 15.00

CEPAT BELI !  CEPAT BELI

boleh
membuat tempahan dengan menyertakan nama, alamat, emel, no. telefon serta kuantiti ke legasioakheart@gmail.com
 
kawan-kawan
jemput singgah sini 
 
tekan sini cepat ! 

           
kawan, 
cubalah percaya
bahawa puisi dan sastera adalah milik kita bersama-sama 

---------------------------------------------------------------------

tentang LO
kami 16 orang adalah pengasasnya
walaupun begitu, Kak Eja dan Abang Hafiz adalah yang utama
secara jujurnya,
ada sesuatu dalam  LO yang saya tak temui ditempat lain
kami dah macam adik beradik.
Kami gembira bersama
hiba bersama

Kami yang mulakan langkah pertama bersama-sama
dan semestinya, setiap perkara adalah dengan JIWA !


selebihnya, biar gambar yang bicarakan tentang kita




di hadapan sebuah bank
kita bersila beramai-ramai sambil berbengkel




usah dipeduli cakap- cakap negatif  tentang kita
kita bukannya pesimis



kitakan manusia istimewa
yang mereka harus masuk ke dada kita untuk memahami bunga bahasanya




tentang perjuangan pena dan aksara
kita sama-sama percaya
semua bermula DENGAN JIWA !

8 comments:

HAFIZ LATIFF said...

Assalamualaikum.

Macam takut sahaja mahu tulis 'surat cinta' untuk Wafa Awla, penulis muda yang semakin menggegar jagat sastera tanah air. ;p

TAHNIAH kepada Wafa Awla dan adik-beradik yang lain. Terima kasih atas sumbangan karya. Teruslah berjuang dengan jiwa, dik.

Abang Hafiz terharu membaca entri ini. Cantik bahasa yang digunakan.

Jamilah Mohd Norddin said...

Wafa,

tahniah!

Wah, kena simpan duit raya untuk dapatkan naskah ini! Masa untuk dapatkan autograf cik Wafa Awla. :)

Unknown said...

Legasi Oakheart mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Wafa Awla yang telah menyumbangkan karya di dalam antologi ini.

Kalian boleh membuat tempahan dengan menyertakan nama, alamat, emel, no. telefon serta kuantiti ke legasioakheart@gmail.com

Juga dijemput berziarah ke teratak Legasi Oakheart, http://legasioakheart.blogspot.com

Terima kasih. =)

Nur Suhada said...

Tahniah untuk penulis-penulis muda semua. Kak su mahu beli dan baca!

dan

Kak Su cemburu. huu ^^

Unknown said...

Wafa Awla!

Wah3!Entri yang jujur ya...

Mengenali Wafa Awla sangatlah bertuah sebab dia ni gemar bertanya dan bertanya soalan yang sangat membantu dalam penulisan..

Sama-sama menulis dengan JIWA!

Wafa Awla said...

Abang Hafiz - HAMBOI ! mengada ;p terima kasih

kak Jamilah - wajib beli !

kak su - alolo sweet. Jangan cemburu la

Munsyi - aku memang jujur ;p

Tetamu Istimewa said...

Tahniah dari saya. Suatu usaha yang murni. Semangat perjuangan kalian sangat membanggakan.

Wafa Awla said...

tetamu istimewa- terima kasih !