# Jiwa yang tersihir #

Monday 3 September 2012

Abjad 1

 
 
Ketika  kita cuma memahami baris - baris waktu
yang padanya ada pelbagai cerita
sebuah jilid rindu, duka, bahagia
kitapun bagai terpanggil duduk di suatu ruang
di sana kita menekur diri
kita menilai peribadi
 
sungguh, dalam kekalutan emosi
yang kejap bertandang di dalam hati
kita yang kadang-kadang menjadi sesak kerananya
 dan itu adalah jalan yang perlu sama-sama kita tempuhi
 
kita tidak pasti untuk meleraikan bagaimana persoalan-persoalan ini
cuma yang pasti
kita sedang memahami jalan cerita ini
cuba mengagak penghujung kisahnya
kita boleh merencanakan apa sahaja
tapi pemilik segala rahsia tetap bukan kita

kak,
ternyata hakikat cinta
adalah saling berkongsi
bukan memiliki.


1 comment:

Nur Suhada said...

Suka rangkap kata-kata yang akhir itu. Cinta itu tak semestinya memiliki. :)