# Jiwa yang tersihir #

Wednesday, 22 February 2012

+SUDAH ! ADANYA KAMU DALAM HIDUP AKU ...sudah terlalu perit+


kadang-kadang 
siapa yang ada dengan kita
selalu berdamping dengan  kita 
ketawa bersama kita
bergurau bersama kita


tak semuanya setia
Tak semuanya ikhlas belaka



*
*
*

Pada saat itu
Kita akan tahu betapa sakitnya jiwa
Betapa kita telah berikan separuh hati kita
untuk dia...
Juga  sepenuh kepercayaan 
dan terima kasih untuk awak ...

KERANA MENGHANCURKANNYA

*
*
*
meskipun wafa sedar
itu semua ujian
namun, dihujung hati
wafa sangat pedih dengan luka itu
biarlah kenagan itu mati!

Watak baik kamu dalam perjalanan hidup ini
sudah tamat sebaik saja awak memilih untuk jadi pengkhianat
dan Wafa tak perlukan 
orang sedemikian dalam jalan hayatnya !


*
*
*

Sudahlah duhai hati~
usah ditangisi lagi
sahabat sejati memang sukar dicari
dan hari ini saya temui mereka yang memahami
yang ada bukan untuk menyakiti!
Tapi memberi makna sebuah kehidupan

*
*
*

*
*
*
kepada yang tidak layak dipanggil teman
kamu telah dimaafkan
walau hati saya membentak agar kemaafan itu tidak diberi untuk kamu
tapi
mengenangkan kamu pernah buat bibir ini tersenyum biarpun sekali
kamu saya maafkan 




*
*
*
walaupun Wafa sedar kamu tidak pernah berkata:


"Wafa, maafkan aku "









2 comments:

cotton candy said...

bagus memaafkan itu y terbaik...percayalah insan sebegitu mengajar kita jd lebih kuat pd masa akan dtg..

Wafa Awla said...

terima kasih :) :)