Dia bernama Nabiha
Daripada: Wafa Awla
Dia tersenyum puas melihat raga kuih itu telah kosong . Wang hasil jualan kuih seri muka digenggam erat . Langkah kakinya yang pantas menapak terhenti tiba-tiba sebaik sahaja melihat banglo putih yang baru siap . Itulah satu-satunya rumah yang paling besar di kampung ini .
'Pasti tuan rumah itu sudah berpindah kesini ' Getus hati Nabiha .
Langkah kaki diteruskan melewati padang pemuda didesa itu bermain bola . Seumur hidup dia tidak pernah menginjak kaki ke rumah sebesar itu . Apatah lagi jika mempunyai rumah semewah itu . Memang mustahil .
dush.! Nabiha jatuh terjelepok apabila bola sepak itu menujah ke kepalanya. Kepalanya terasa sakit . Kedengaran derap kaki menuju ke arahnya .Tangannya masih meraba tercari-cari cermin mata miliknya .
"Maaf , saya yang sepak bola tadi .Ini cermin mata awak ." Seorang pemuda menghulurkan cermin mata milik Nabiha. Dia segera berdiri
dan sekadar mengangguk. Kepalanya masih terasa sakit .
* * * * Hairan . Kereta Ferari merah terparkir dihadapan rumahnya . Sebaik sahaja kakinya menginjak ke dalam rumah , seorang perempuan berbaju kurung potongan moden dan berbeg tangan jenama LV duduk bersebelahan ibu.
"Sampai pun anak ibu " Puan Nora tersenyum . Nabiha bersalaman dengan wanita itu .
"Inilah Datin Maria. Pemilik rumah banglo di hujung kampung itu . Baru berpindah seminggu lalu . " Ujar Puan Nora .
"Saya datang sebab nak berkenalan dengan penduduk di kampung ini . Siapa nama kamu ?" Datin menebak .
"Nur Nabiha . Datin boleh panggil saya Biha . "Ringkas jawapan Nabiha .
"Alang-alang saya kemari , saya nak jemput Biha datang ke villa saya malam esok. Ada parti untuk sambut hari lahir anak saya . "
"Terima kasih datin tapi saya ..." Belum sempat Nabiha menghabiskan ayat... Pun Nora pantas mencelah .
"Eh... datin jangan risau, Biha pasti datang !" Nabiha mengecilkan mata memandang Puan Nora . Aneh .
* * * *
bersambung... masih banyak yang belum diceritakan tentang Nabiha.
1 comment:
Disebabkan keadaan Puan Nora yang Aneh itu..Nabiha pun kemudiannya menjulurkan lidah kepada puan Nora dan berkata..Weekkk! tak nak pergilah...semacam ja Vila itu...Datin itu kelihatan lebih aneh kemudian berkata "mengapa Nabiha berkelakuan begitu?"Nabiha kemudiannya berlari kencang meninggalkan Datin itu keseorangan ....^^
Post a Comment