tapi untuk kali ini
aku nak cerita tentang sebuah kisah agung dalam hati aku
bahas happy family
Keluarga bahagia ini terdiri daripada
39 0rang (ntah ... aku main taram je... he...he)
semua generasi , keturunan ada berkumpul kat sini ... Aku pun tak tahu siapa yang paling matang dan paling manja .(@ tua , muda)
Tapi yang pasti kami mempunyai ibu yang baik iaitu ... Cikgu Zauyah dan Cikgu Nafizah ( Cikgu yang lain pun sama )
kenapa aku suka keluarga bahas ? :
1) Aku tidak pernah didiskriminasikan . Semua layanan sama rata .
2)Banyak dapat ilmu baru... maklumlah bahas melibatkan akal waras dan kejituan jiwa.
3)Dapat adik beradik baru . Tiba-tiba je aku dah ada adik, kakak, abang baru .
4)So , secara tak langsung dapat menambah kenalan . Maklumlah aku ni budak baru . Jadi tak de siapa perasan aku wujud kat sekolah sebelum ni.
5) boleh jumpa Alumni yang baik , sabar , cantik , kacak ,pandai, bijak, rajin (-boleh kirim duit raya lepas ni ...ha...ha)-. sebenarnya nak letak kat nombor 1... tapi tersilap pulak.
6)Dapat duduk bilik air -cond . Ini menjadi salah satu faktor yang mendorong aku suka pergi perjumpaan . Eksklusifnya keluarga bahas berbanding keluarga lain .
7) Menambah keyakinan diri . Ye kau kena bercakap . berfikir.
8) Dapat makan free ...he...he
9) Belajar cara berbahas . Walaupun aku tak hebat macam alumni , zuhid , zulaila , nasya ( penat nak taip semua nama )tapi sekurang - kurangnya kalau orang kampung tanya... adalah benda yang boleh aku terangkan .( Persoalannya , ada ke orang yang nak tanya aku ? )
yang terakhir ni aku 'touching ' sikit :
Aku belajar makna sebuah perjuangan
Dari awal aku masuk keluarga ni aku dapat rasakan sesuatu . Yang kita namakan ' ukhuwah'. Memang dasyat. Langkah pertama untuk memburu kejayaan dan kejuaraan hinggalah penghabisannya. Penuh onak dan cabaran . Betapa banyak tangisan yang mengiringi perjalanan ini .
"Sebanyak mana ujian melanda ... semakin dekat rahmat menghampiri kita"
Walaupun aku tak terlibat , tapi aku tetap bangga sebab tahun ni , mereka dapat menjejakkan kaki ke peringkat Kebangsaan !. tak macam aku ...
bagi aku, sebelum mereka pergi bertanding lagi...
mereka dah lama menang .
Alumnai pula cakap :
Jadi rasanya tak perlu perkataan macam ini :
ini balasan untuk pantun kau:
hinggap kedidi dahanan meranti,
sayap cedera tiada upaya,
segala terjadi terselit erti,
teruslah mara pasti berjaya.
bukit didaki terlihat ujana,
nampak serai tepian kali,
tiada rezeki kita disana,
hati berderai cantumlah kembali .
kepada semua ahli keluarga bahas.Terima kasih sebab buat hidup insan yang bernama Wafa Awla bahagia. Kalian tetap merajai kerajaan jiwa buat selamanya .
Semoga keluarga kita akan terus memburu kejayaan di lain masa dan ketika.
amin
Sayang kamu semua !
keluarga pantun jangan terasa , nanti aku buat entry untuk kalian .
No comments:
Post a Comment