# Jiwa yang tersihir #

Tuesday, 8 March 2016

+ Sejenis Catatan Senja+


Saya kini seorang jurnalis dan memegang jawatan tinggi dalam  mengurus surat khabar di kampus. Kau tahu apa maknanya?
ertinya itulah dunia saya. Saya mahu yang terbaik datang daripadanya.
Walaupun begitu melelahkan, tapi saya bahagia dengannya. Orang-orang di dalamnya.
Kau tahu apa maknanya?
Saya seharian berada di bilik yang kami panggil Newsroom. 
Saya sudah jarang-jarang membawa diri di tepi sungai. 
Melihat kocak air, burung-burung, angin petang, matahari yang hilang disorokkan senja.

Siang tadi saya memutuskan ke sana,
Waktu sendiri itulah, saya jadi teringat segalanya.
Bagaimana waktu telah membawa saya sejauh ini.
Siang tadi saya banyak ketawa.
Betapalah dalam diam saya belajar bahawa untuk mensyukuri segalanya
Ada ketika, saya rasakan bahawa saya tak perlu meminta lebih apa-apa.
Cuma, kerana saya seorang melankolik,
saya selalu terdetik entah bagaimanalah kalau saya hilang segalanya.
Kerana waktu adalah tak tetap.
Dia akan membawa saya ke cerita yang lain pula. 

Semoga,
saya selalu berharap kepada Tuhan
supaya dilindungilah mereka yang baik-baik ini, yang singgah di hidup saya ini.
Semoga,
saya selalu jadi yang tak meminta lebih
dan terlalu bergantung lebih kepada apa-apa yang tak mampu saya dapatkan daripada selain Dia. 

No comments: