Menulis Kepada Lia (1)
Hai Lia Steakley.
Saya amat berterima kasih kerana kamu telah menulis sebuah buku dan saya cepat jatuh cinta dengannya. Oleh itu entri yang kehadapan selepas ini akan sangat berkaitan bagi menjawab pertanyaan-pertayaan yang kamu kemukakan di buku kamu.
Lia,
saya akan menceritakan bahagian diri saya kepada kamu. Kamu mungkin akan sedikit bosan. Jadi saya cadangkan kamu membacanya sambil minum-minum atau mungkin mendengar lagu. Ketika kamu bertanya apakah hal-hal yang boleh saya banggakan. Saya hampir tidak tahu bagaimana menjelaskan kepada kamu. Untuk menjadi jujur, ada banyak hal tertangguh beberapa tahun sudah yang tak mampu saya lunaskan. Tapi saya berhasil menggantikan dengan beberapa hal supaya saya tak jadi terlalu kecewa dan gagal.
Sewaktu kamu bertanya apakah hal yang membuat saya lekas marah. Saya menyedari satu hal iaitu apabila saya berhadapan dengan orang-orang yang tidak mematuhi masa. Mereka yang berjanji untuk bertemu pada jam sekian sekian tetapi tidak muncul. Saya lekas kecewa dengan hal sedemikian. Saya sejenis laju dalam bekerja, atau kamu boleh katakan saya gopoh sesekali. Silakan. Jadi saya tidak berapa tahu untuk berhadapan dengan sesuatu yang tidak cekap. Saya tidak pasti sama ada saya boleh bersabar mengulang seribu kali arahan yang sama. Atau mengulang sejuta kali cara-cara yang sama ke orang serupa.
Lia,
saya selalu merasakan mereka yang rendah hati adalah orang-orang yang mempersonakan. Saya mudah jatuh hati pada mereka yang bercita-cita. Pada mereka yang ada banyak harapan. Saya lekas jatuh hati melihat orang-orang menggendong kebahagian di bahu mereka dan berkongsinya pada dunia walau dengan apa cara sekalipun. Adalah normal bagi saya untuk memuji seseorang yang saya kagum dengannya. Dan semua itu saya lakukan dengan tanpa sedar. Saya lekas menyukai hal-hal kecil dan sederhana. Lekas juga tersinggung dengan hal kecil. Saya menyukai daun gugur, hujan, ucapan terima kasih, lagu-lagu yang dihantar melalui aplikasi whatsapp. Dan saya tidak yakin untuk melintas jalan. Saya selalu membayangkan saya dilanggar kereta.
Lia,
saya tahu pertanyaan kamu masih panjang. Tapi saya sudah terlalu mengantuk. Saya menulis lagi nanti ya?
No comments:
Post a Comment