# Jiwa yang tersihir #

Monday, 1 February 2016

+Seperti Apakah Bahagia?+

Iya, demikian, Kamu benar kawan bahawa blog ini semakin bersarang dan jarang-jarang terisi lagi.
sudah mendewasa saya rupanya.
banyak hal yang akan tiba-tiba datang dan benarlah 
bahawa saya sebenarnya sedang belajar sebuah kesementaraan.
Saya tetap jalan-jalan kesini. Apalagi waktu begini.
Saya masih seorang Wafa yang dihambat pertanyaan yang pelbagai.
betapalah kadang saya merasakan kita terlalu berusaha hingga tak lagi menemui cara menerima luka.
Apakah engkau akan bertanya bagaimanakah keadaan Wafa yang sekarang?
tak banyak yang berubah. oh tidak,
 saya sekarang jadi peminat Maudy Ayunda penyanyi Indonesia itu
Kenapa?
ada banyak sebab. Tak mahu saya ceritakan kerana malu nanti saya dibuatnya.
Saya sesak benar hidup di zaman ekonomi, budaya, yang tidak aman di negeri ini.
terima kasih kepada menteri-menteri yang (masih) jarang menawarkan kebodohan di media. 
Juga, saya mahu sempat berterima kasih kepada orang-orang sederhana yang akhirnya bijak membanding fakta di media dan tak lagi bertanya
"Mengapa ada dua akhbar dan kenyataan mereka bertentangan"
Akhirnya dia sedar juga hidup tak hanya satu warna.
Mak cik Zai di kampung saya yang kerjanya mengumpul bunga getah tak gembira jika mengetahui cukai dibayarnya cuma masuk ke poket orang-orang elitis. 
dia tak akan bahagia kerananya. 
Inilah negeri orang-orang tak mengenal siapa dirinya sendiri. 
Negeri ini tidak punya salji. Kita tak perlukan bangunan untuk membuat bara api
Kitalah yang gagal mengenal cara apakah yang perlu dipakaikan untuk mempertahankan negeri ini
Ini adalah negeri yang menganggap sosiologis tidak penting.
Kita tak perlukan seseorang yang handal sejarah dan faham benar masyarakat di negeri ini. 
Bahagia ditawarkan di negeri ini dengan jumlah materi.
bangunan besar adalah petunjuk arah kebahagiaan.
dan dicelah-celah itulah semacam makhluk dipanggil manusia berpeleseran. 
Tak terbela dibunuh sistem kebahagian bedasarkan materi ini. 
Itulah nilai kebahagiaan negeri ini. 
Inilah tembok tinggi yang dibina juga untuk mengukur bahagia. 
Katanya senang mencapai bintang di angkasa. Itu juga bahagia.
Dibawah itulah penempatan seorang ibu yang kerjanya menanam kangkung untuk makan
tapi hidup termusnah.
Hey, tak semua mahu bekerja menanam tumbuhan di langit. 
Adalah baju-baju yang dijahit dengan janji-janji  (biasanya meriah sewaktu pilihan raya)
tapi baju yang dipakaikan itu tetap tak mampu menutup bau busuk 
yang erot-erot mengekor orang di sekelilingnya. Kerana baju terjahit dari janji-janji akan menjadi bangkai apabila sumpah tak tertunaikan,
Adalah sekelompok manusia dipanggil orang-orang bijak. Tempatnya jauh sekali. Mereka orang cendekia uduknya dalam tempat terasing jauh sekali dari orang-orang biasa. 
Gerbang-gerbang itu terlalu kukuh sehingga teori di dalam kelas tak mampu dibawak keluar dari dinding gerbang tempat itu berada. 
Orang-orang cuma perkasa di dalam tembok itu sahaja.
Apabila keluar, tak tahu harus seperti apa dia bekerja.
Masyarakat juga tetap seperti itu. Tak mampu membangunkan sebarang penyelesaian.
Ini cuma permulaan yang akan mewujudkan persoalan lain yang nampak sederhana
tetapi menggemparkan
"Bahagia kita sebenarnya harus seperti apa?"
"Lalu engkau, lakukan apa?"

No comments: