# Jiwa yang tersihir #

Friday, 18 December 2015

+Tempat Persembunyian Diri Sendiri+




Hari ini saya beborak sekejap dengan Bro Saiful. Kaunselor saya di CSC. Katanya di mengurus access pekerjaan untuk pelajar IIUM. Beliau risau kerana sekarang ekonomi sangat menggugat. Dia tahu tak banyak peluang untuk graduan dan macam-macam lagi. Saya teringat Sir di kelas journalism pernah cerita di dalam kelas bahawa pelabur tarik diri setelah kes 1MDB.

Saya mahu lari.
 Saya menyelak gambar-gambar. Kemudian lari bersembunyi di dalam puisi. Seberapa payah apapun hidup nanti. Saya mahu ada sebuah tempat persembunyian yang lebih besar. Rumah bertingkat. Saya mahu ada rooftop. Di sana saya akan menanam pokok. Saya akan bangun pagi melihat matahari di sana sambil mencicip kopi hangat. Atau saya akan berbaring melihat bintang sewaktu malam. Bersahabat dengan angin atau membiar hujan jatuh ke muka saya semahunya.
Di dalam rumah, saya ada berbagai jenis buku dan kusyen. Saya boleh membaca sambil berbaring. Saya juga ada barang-barang lama yang kita ubah menjadi lebih baru. Kita boleh menjahit perca kain menjadi alas meja. Atau televisyen lama, kita cat pelbagai warna. Atau apa sahaja. Ada ruang dinding untuk kita boleh menconteng. Saya akan menulis puisi di sana. Kemudian di ruang lain kita akan bernyanyi. Saya sudah boleh bermain gitar waktu itu. Setelah lelah, kita akan ke depan televisyen menonton drama yang kita minati. Barangkali kita akan mengulang Ada Apa Dengan Cinta sebelum akhirnya terlelap.
Kita akan bermalam di sana. Sebelum pulang ke dunia realiti kita yang sangat padat dan sesak itu.

No comments: