# Jiwa yang tersihir #

Thursday, 15 January 2015

+ Tanpa Sebab +


Untuk seketika kita saling bersapa
 lalu memperkenal nama
Adalah seronok jika kita menikmati perkenalan ini tanpa sebab
Kita tak setuju untuk bersahabat kerana wang
Kita tak setuju untuk bersahabat kerana pangkat dan kebolehan.
Kerana wang, pangkat dan kebolehan adalah hal yang tidak kekal.
Jika kita pun memilih 
untuk menggantungkan perkenalan kita pada sesuatu yang tidak kekal
kitapun sebenarnya telah memilih untuk  hilang dengan kesemetaraan.

Jika engkau pun memilih bersahabat denganku
kerana aku punyai sesuatu yang boleh kau banggakan ketika kita berjalan beriringan.
Kau mungkin saja memilih berjauhan kerana sesuatu itu telah pun hilang. 
Seperti yang aku katakan awal-awal dahulu
bahawa jangan pernah berharap lebih daripadaku
Aku cumalah gadis yang tersangat biasa yang bisa kau temui di mana-mana.

Pilihlah untuk saling berjabat tangan tanpa sebab, kawan
supaya kita tak punya sebab juga untuk perpisahan melainkan kuasa Tuhan.
Bukankah itu keikhlasan?

No comments: