Surat Bahagia.
Saya pernah berbual dengan seorang rakan tentang bahagia sesudah dewasa.
Maka kami bersetuju meletakkan bahawa bahagia sesudah dewasa adalah sebanyak mana kita membuat orang lain bahagia.
Maka mulai hari itu, saya harus berfikir banyak cara untuk membahgiakan orang lain. Maka saya akan menulis surat kepada rakan-rakan yang kecelaruan fikiran, yang dipunahkan kehidupan juga kepada yang meminta harapan. Kerana kalaulah saya orang yang menerima surat seperti itu, mesti saya jadi yang gembira. Jangan salah sangka. Sebab saya tak bermaksud mengharap balas apa-apa.
Sebenarnya, menulis kepada orang seperti menulis kepada diri sendiri, kawan.
Saya sebenarnya bercakap dengan diri sendiri.
Demikianlah menjadi dewasa memerlukan kita keluar daripada zon selesa.
Kita harus ketengah gelanggang.
Inilah sepak terajang yang kadang kita tak undang datang.
Saya menjadi tersangat lemah akhir-akhir ini.
Saya tahu saya tidak patut mengadu. Tetapi fitrah manusia mungkin seperti itu.
Saya cuma mahu sesekali jujur pada perasaan.
Ini baru permulaan.
Saya harus tetap berjalan melihat bagaimana cerita-cerita ini berkembang.
Saya akan menemui banyak watak. Kadang menyebalkan. Kadang menenangkan,
Saya berharap boleh menjadi pembunuh sesekali. Membunuh kepedihan saya sendiri supaya saya boleh dengar cerita orang lain pula. Supaya yang bahagia adalah orang lain. Kerana itu sahaja cara membuat diri sendiri bahagia.
Kawan, engkau bahagia dengan cara apa?
1 comment:
شركة كشف تسربات المياه براس تنورة
شركة تنظيف منازل بالهفوف
Post a Comment