# Jiwa yang tersihir #

Monday, 5 January 2015

Tahun Harapan


Saya hampir-hampir saja kehilangan blog ini beberapa hari lepas.
kerana emel saya tiba-tiba tidak boleh dibuka
Seperti mana saya kehilangan hujan dengan cerita yang indah-indah beberapa hari ini.
Memang sekarang sedang hujan di luar jendela, kawan.
Saya harap kedatangannya kali ini tidak akan membawa khabar yang menyakitkan.
tapi mencintai harus menerima keduanya bukan ? Baik dan buruknya.

Umur saya sewaktu menaip entri ini sudah bertambah lagi.
Cukup membuat saya dilanda bermacam persoalan lagi.
Cukup membuat saya terdiam memikirkan jawapan kepada banyak persoalan.
Biarpun jawapan kepada persoalan tentang sifir kehidupan
tidaklah semudah dicari dengan hanya satu malam.


Saya seperti tidak reti pula menaip sebuah entri pemulaan tahun baru yang mengindahkan.
Tapi cukuplah sekadar mengingatkan diri sendiri bahawa,
tahun ini adalah tahun-tahun harapan.


No comments: