+ Hal-Hal Tidak Senang Di Rumah+
Saya membuat keputusan untuk pulang satu malam di kampung.
Inilah yang saya tidak gemar.
Saya akan gelisah dan terbeban dengan kenangan.
Ketika berbaring di dalam bilik ini. Saya akan jadi rindu banyak hal.
Seperti merindui diri saya yang dahulu. Kerana di dalam bilik inilah saya pernah menjadi seorang Wafa yang merangka banyak hal-hal manis. Di bilik ini saya pernah menuliskan impian. Di bilik yang sama saya pernah menjadi seorang Wafa yang tidak tidur mengulit buku.
Beberapa hari lagi umur saya bakal genap 20 tahun.
Saya berasa sangat sedih dan berat untuk menerima hakikat peralihan usia ini.
Entah apalah yang saya lakukan.
Saya lekas menjadi bersalah pada diri sendiri.
Atau sebenarnya kita memang harus seperti itu?
kerana menandai diri dengan personaliti memerlukan pengalaman berjuta lagi.
No comments:
Post a Comment