+ Kepada Gadis Yang Tersenyum Semasa Membaca Buku +
senja sedang berlabuh ketika dia mengeluarkan sebuah buku
dari kocek beg coklatnya.
Dia tidak memesan teh ais berharga 1.20 seperti selalunya.
Kerana wang di dompet birunya sudah tidak mampu lagi menampung keinginannya menikmati secawan teh - menemaninya membaca buku
Gadis itu membaca muka surat pertama.
Wajahnya bersahaja
Dia tidak memilih senyum atau ketawa.
beberapa saat selepas itu dia tersenyum.
dia sudah sampai ke bahagian lucu dalam buku itu. barangkali begitu.
Dia menutup bukunya.
Meletak kembali di kocek beg.
Dia mahu ke tandas.
Saya membuka beg itu melihat judul buku yang membuatnya tersenyum.
Yang saya jumpa adalah
kertas tak bercetak huruf.
Dialah gadis yang berusaha tersenyum di depanmu menggunakan sebuah buku.
kemudian ke tandas buru-buru supaya engkau tak tahu tangisnya sesudah itu.
No comments:
Post a Comment