+ Tentang Psychology +
Saya tidak tahu kenapa
saya berasa begitu dekat dengan subjek psychology.
Audit kelas Dr Alizi tidak pernah mengecewakan.
Walaupun ada khabar angin mengatakan beliau sangat garang.
Ada satu kata-kata yang dibacakan. Dipetik dari filem Forest Gump yang telah memenangi perlbagai hadiah.
"I dont know if we each have a destiny, or if we're all just floating around and accidental - like on a breeze.
But I, I think maybe it's both.
Maybe both is happening at the same things."
Abraham Maslow dan Carl Rogers. mengetengahkan teori Freewill dalam psychology.
Di mana manusia bebas memilih ketentuan hidupnya. Bebas melakukan apa-apa. Bebas mendapatkan apa-apa. Bebas menggunakan cara seperti apa melalui konsep Self -actualization.
Maksudnya kejayaan yang boleh diperoleh melalui potensi seseorang.
Boleh rujuk Humanistic perspective, Modern Perspective of psychology
Saya cuba menyelami makna pandangan kedua-dua tokoh ini. Iya, memang kita perlu berjuang mendapatkan sesuatu. Tapi, bukankah dalam Islam, menunjukkan kita ada hal-hal yang tidak boleh diubah melainkan dengan takdir Allah?
Atau pada bahagian manakah takdir Allah ini akan sampai? Pada sesudah kita berusahakah? atau semasa kita sedang mengusahakan sesuatu?
Beginilah Allah menjawab persoalan kita.
Rupanya takdir Allah itu sebenarnya mengiringi segala usaha itu. Seperti kita yang berasa letih dan lelah mendapatkan markah terbaik setiap kali ujian. Allah bersama kita dalam semua rasa itu. Takdir Allah sedang mengiringi kita serentak- pada waktu itu juga. Inilah yang difirman Allah melalui
"Fainna maal usri yusra"
Bersama kesusahan ada kesenangan. Kepada hati yang selalu mengeluh di mana Tuhan saat kita berusaha tapi hasilnya tak seberapa. Tuhan sebenarnya bersama-sama kita. Seperti mana kebahagian sebenarnya sedang berdiri di sebelah kelukaan yang kita sedang alami.
Semuanya serentak.
seperti dialong forest gump.
"Maybe both is happening at the same time"
Selamat meneruskan perjalanan, kawan. Kerna Tuhan tak akan menghampakan.
No comments:
Post a Comment