# Jiwa yang tersihir #

Thursday, 25 September 2014

+ Tentang Siapa Seorang Wafa +


Kawan, bagaimana untuk memulakan entri kali ini? 
Belakangan ini musim hujan, kawan. 
Ada beberapa rakan yang mengatakan pada saya bahawa inilah musimnya mereka belajar mengingati saya. 
Tapi bukan itu yang hendak saya ceritakan pada kamu. 

Kawan, kamu tak akan pernah percaya bagaimana saya begitu menghargai 
rakan-rakan baru saya (sekumpulan bibliofil di kampus)
Mereka menggerakkan Buku Kampus yang mengupas mendalam buku-buku sastera. 
Mereka orangnya sederhana.
Biasanya, dalam kesederhanaan itulah kita temui kesempurnaan.

Setelah itu, kami bersembang. 
Sehinggalah salah seorang daripada mereka bertanya "Siapakah seorang Wafa sewaktu sekolah dahulu?"

"Saya seorang yang aneh"

Kemudian, kenangan datang lagi dan lagi memenuhi kepala.
Saya jadi sangat teringat zaman saya masih mengenali selok lenggok kata.
Memilih ke perpustakaan membaca cerpen dan puisi daripada turun ke kantin.
Berjaga malam untuk meneliti perkataan yang saya tak fahami maksudnya. 
Terima kasih Ros kerana membenarkan saya meminjam kamus dewannya kerana saya tak mampu membeli kamus itu pada waktu itu. 


Jelas selepas itu. Bagaimana takdir mengizinkan saya ke lembah kata. Bergelut dengan macam rencam jiwa. Yang susah untuk diceritakan di sini.

Tentang siapa seorang Wafa waktu zaman sekolah adalah pertanyaan yang menginsafkan. 
Terima kasih Tuhan yang sebenarnya membuat saya belajar mengingati setelah hadirnya soalan ini. 

No comments: