# Jiwa yang tersihir #

Tuesday, 7 October 2014

+ Seorang Wafa dan Quater-life crisis +

Sepatutnya malam ini saya akan membaca kembali majalah-majalah Tunas cipta, Dewan siswa, dan Dewan sastera. Juga menyudahkan bacaan tentang kupasan satu disiplin ilmu yang saya download di pdf. Juga ada rakan mengajak saya menyelesaikan sebuah lagu.
Semua saya tinggalkan. 
Entahlah, beberapa tahun belakangan ini saya diterjah satu perasaan yang sukar untuk diceritakan. 
Ia menerajang dinding hati. Mengamuk. Membikin keliru. Kadang saya didatangi persoalan-persoalan. Kadang saya menjawab sendiri. 
Saya kira tiada orang kan faham.
Silap. Seorang kakak memberitahu saya bahawa itu hal-hal normal untuk mereka yang berada dalam proses peralihan usia. Dipanggil - Quaterlife crisis. 
Biarpun hal-hal begini sudah berlarutan sejak saya di CFS, tahun ini adalah yang paling crucial. Saya harus segera berdamai dengannya. 
Dasyatnya krisis ini kerana ia semacam satu kejutan yang tiba-tiba datang mempersoalkan bagaimana seorang Wafa harus menjadi dewasa.
Seorang Wafa yang harus menjadi bertanggungjawab.
Seorang Wafa yang seharusnya sudah tahu dan mahir banyak hal.
Tapi, selalu gagal.
Saya lebih memilih sunyi sekarang ini.
Saya tiba-tiba menjadi seorang yang suka mempersoal, tidak bersetuju dengan kenyataan. 
Membuat seorang Wafa berlari bertanyakan segala pelajaran di bilik kuliah kepada pensyarah. Berdebat dan menagih ulasan lanjut tentang sesuatu hal.
Membuat seorang Wafa mula berasa mual dengan hal-hal sosial dan pergaduhan. Termasuk perebutan parti dan gosip ahli politik yang menyangka masyarakat masih lagi dalam lingkungan parochial. 
Malam ini, seorang Wafa masih lagi dalam kebuntuan bagaimana menyelesaikan krisis ini.
Biarlah seorang Wafa lelap seawal ini.
Dia kan mencari jawapannya pada dinihari nanti. Moga-moga. 

No comments: