# Jiwa yang tersihir #

Wednesday, 17 September 2014

+Terima Kasih+



Dalam banyak hal,
saya amat berterima kasih kepada sejarah.
Saya berterima kasih kepada Allah yang memilih nabi dilahirkan di Arab. 
Bukan Rom, bukan China atau lain-lain. 
Meski waktu itu Arab dihuni oleh orang yang rosak akhlaknya. 
Mana mungkin insan terbaik akan lahir dari golongan yang sedemikian rosak. 


Tapi lihatlah bagaimana setelah Allah memilih mereka. Arab menjadi bangsa yang terulung. 
Mereka melindungi nabi dengan badan sendiri, menghafal sebanyak mungkin hadith, merelakan segala yang ada untuk saudaranya - seperti dalam peristiwa hijrah.

Saya berterima kasih kepada Allah. 
Kerana mewujudkan watak umar yang menginsafkan dalam sejarah kehidupan nabi. 
Dari yang paling membenci.
Dia menjadi yang paling melindungi. 


Beginilah sejarah benar-benar
 membawa saya jauh kedalam fikiran. 
Orang boleh menjadi terhina
 dan dipersenda
Tapi bilamana Allah telah memilihnya
Dia boleh jadi yang paling mulia. 


Begitulah saya berharap dengan keadaan diri saya yang tidak pandai mana ini. 
Dengan keadaan diri saya yang tidak hebat mana ini. 
Moga Allah akan memilih saya. 
Untuk memiliki ilmunya.
Dan membuat saya menemuinya
dalam keadaan mencintai ilmunya. 

Saya selalu percaya bahawa.
Tuhan tidak akan menurunkan ujian. Melainkan bersamanya tentang kedewasaan.


No comments: