# Jiwa yang tersihir #

Thursday, 28 August 2014

+ Kepada Juwita+


Juwita.
Adalah sangat aneh menulis sesuatu kepada orang yang belum wujud.
Anggap saja ini ingatan untuk ibu juga yang sedang bercerita untuk kamu walaupun calon bapa kamu pun ibu masih belum ada. 

Juwita,
Sampai waktu Tuhan akan mengizinkan kamu muncul melihat tempat pertemuan adam dan hawa
tempat manusia dibiarkan memilih amalnya bagi meraih syurga atau sebaliknya.

Dalam kefanaan ini, nak.
Kamu akan temui banyak hal yang kadang meresahkan.
Dengar baik-baik, nak. Ibu mahu kau faham.
Hidup ini bukan sekejap-sekejap untuk menjadikan kita lupa siapa kita.
sekejapnya hidup ini - adalah meminta kita menjadi pejuang.
Kamu harus lekas ambil tahu isu ummat.
Tuhan tak memilih kamu berada didunia melainkan dengan menyebarkan cinta kepada manusia.
Jadilah yang baik-baik, nak.
Orang yang penipu itu ramai, nak.
Jadilah yang jujur 
Orang yang mendengki itu sudah banyak, nak
Jadilah yang bersih hatinya. 
Orang yang mengumpat itu banyak, nak
Jadilah yang mendiamkan keji
Orang yang jahat itu banyak,nak.

Ibu mahu kau memandang kebaikan dalam diri semua orang
walau kadang itu kan melukakan.
Tak mengapa, nak.
Hati kita Tuhan yang akan menjaganya.
Jadilah orang yang membaca, nak
Nanti kau temu satu dunia yang tak terbayangkan.

Sampai ini dulu, nak. Kalau nanti kita tak berjumpa.
Ibu pergi dulu misalnya. Ingatlah bahawa
Ibu memilih Juwita namamu ertinya kekasih 
Supaya kau menjadi kekasih kepada Tuhanmu, agamamu dan mereka didekatmu.

Atau,
kalau kamu memang tak pernah wujud.
Semoga ada yang menyampaikan pesan ini kepada mana-mana kanak-kanak disekelilingnya.
Juwita rupanya adalah sesiapa
yang ingin dicintai dan mencintai.

No comments: