+ Sangka +
Saya selalu berharap untuk belajar banyak hal dari pengalaman.
Maksud saya, bukan hanya pengalaman saya sahaja.
Tapi pengalaman dari orang sekeliling saya.
Saya mahu tahu bagaimana pula Tuhan menuliskan jalan hidupnya.
Lalu saya memilih untuk menjadi seseorang yang senang diajak bual.
Senang diajak berbincang.
Senang didekati banyak orang.
(saya harap begitulah)
Ada seorang kawan, dia seorang yang dicintai banyak orang.
Jarang sekali saya dengar orang membencinya.
Walaupun seorang pensyarah atau
tukang cuci.
Dia orangnya sederhana sahaja.
Sehinggalah dia menceritakan kisah hidupnya yang sangat tragis kepada saya.
Dia punyai zaman kanak-kanak yang memeritkan. Terlalu memeritkan.
Ada seorang kawan yang punyai latar belakang agama.
Mungkin dia selalu menghadiri usrah mana-mana.
Sehinggalah beliau bertanyakan pandangan saya bagaimana agaknya kalau dia menyertai mana-mana rancangan realiti televisyen.
Beliau risau kalau kawan-kawannya yang geng usrah itu akan meminggirkannya.
Tapi, bukankah orang yang bersih hatinya tidak akan mengutuk apalagi meminggirkan orang lain?
Saya temui seorang rakan yang sangat kelakar.
Terlalu kelakar sampaikan dengan membayangkan wajahnya saja sudah cukup buat saya tersenyum.
Dia seolah-olah tak pernah sedih.
Sehinggalah suatu hari beliau menceritakan bagaimana dia pernah menjadi mangsa cabul, mangsa dera, mangsa dihina orang kampung, mangsa dituduh keluarga gila dan lain-lain.
Dengan hal ini, kawan.
Saya selalu belajar untuk memahami daripada mengadili.
Saya pernah tersilap juga meletakkan andaian yang buruk-buruk.
Contohnya saya selalu membayangkan seorang siswa dikelas saya yang berjambang itu adalah ejen perisik dihantar Israel untuk memantau keadaan di UIA.
Sehinggalah suatu hari saya mendengarnya membaca Al Quran sebelum kelas.
Sayup dan perlahan.
Sebenarnya banyak juga sangka yang buruk pernah saya letakkan.
Betapa kawan,
bagaimanalah agaknya untuk membuat orang bersangka baik dengan kita kalau kita pun gagal untuk mengharapkan yang baik-baik daripadanya.
Betapa kawan,
bagaimanalah untuk membuat orang selalu seronok mendampingi kita kalau yang di dalam hati kita ini pun
busuk-busuk belaka.
No comments:
Post a Comment