+ Dan Sebahagian Dari Kenangan+
Kawan,
dalam hidup, takdir akan menemukan kita
dengan banyak hal dan keadaan.
Di sana kita akan menjadi seseorang kepada seseorang.
Ertinya
kau akan menjadi seorang sahabat, anak, kawan, murid atau apa sahaja kepada seseorang
Maksudnya, kau akan menjadi sebahagian dari hidup seseorang.
Sebahagian daripada kenangan.
Yang mungkin saja bila kelopak matanya terbuka tiap pagi akan mengingatkan dia tentang engkau.
Pun, mungkin sahaja ketika dia melalui sesuatu tempat atau mendengar lagu atau membaca buku kegemarannya, tiba-tiba akan mengingatkannya tentang kamu.
Maka kawan,
Jadilah yang baik-baik dalam jalan hidup orang.
kerana dia akan hidup dengan kenangan itu
walau pertemuan itu sekejap saja.
Seorang tua yang berdiri di dalam LRT misalnya, berilah tempat duduk padanya.
Atau seorang kanak-kanak yang tidak cukup wang membeli pemadam, berilah dia satu ringgit.
Atau kawan-kawan yang membuat kamu tersenyum, doalah dalam diam untuk kesejahteraannya.
Makna hidup pada memberi bukan?
Waktu menaip entri ini
saya juga terdiam
Adakah saya berjaya muncul sebagai watak baik dalam hidup orang lain?
atau saya adalah watak jahat yang menghancurkan keseluruhan jalan cerita ?
lalu plot hidupnya bercempera
konflik hidupnya seolah-olah tiada akhirnya?
Moga saya dan kamu tak tergolong dalam kelompok itu.
Moga saya dan kamu ; kita
akan datang membuka lembaran baru, dalam hidup sesiapa lalu menuliskan cerita bahagia
walau kadang ada derita tapi tak mengapa kerana kita akan menjadi kuat kerananya.
Dan, kita akan pergi bila sampai waktunya.
kecuali cerita cinta.
kerana cerita cinta tak ada noktah akhirnya.
"kita jangan hidup seperti orang yang menganggap dunia ini sebagai perkara kecil sahaja"
- Jostein Gaarder, Sophie's World
No comments:
Post a Comment