+ Dan Hal-Hal Menampar Jiwa +
Saya bagai ditampar apabila menonton kembali ucaptama TFTN di youtube.
Ia seperti bergema dalam kepala saya.
Zul Fikri melalui ucapannya telah membawa saya ke satu dunia baru.
Saya seperti ditampar
benarlah terlalu kecil saya memandang kehidupan.
"Masyarakat memerlukan kita dan kita masih lagi sibuk di dalam bilik bermain fb?"
seakan begitulah katanya.
Saya menyetujui bahawa kemanusiaan makin hilang.
Manusia tidak lagi mempunyai cinta. Apalagi memberi cinta.
Individualistik menjadi sangat keterlaluan.
Kekontangan cinta dalam diri masyarakat membuatkan kita saling tak peduli.
Bagaimana agaknya jika cinta sudah tiada sehinggakan pembunuhan, rogol ,rompak,curi menjadi perkara yang sangat biasa dan normal dalam masyarakat?
Maka, dunia bukan lagi tempat yang selamat untuk didiami.
Jadi, kita harus kembali bermazhabkan cinta
Hanya dengan itu kemanusiaan akan kembali bernyawa.
Kita harus kembali mengasihi kepada diri dan orang disekitar kita
Beliau menjelaskan bahawa kerja membantu masyarakat bukanlah 'kerja amal' tetapi ini adalah satu tanggungjawab.
Yang mesti kita lakukan.
Memikirkan apa yang telah disumbang saya untuk masyarakat
tiada.
tiada.
tiada.
Lalu ini saya hadir.
Sebagai Wafa yang baru.
No comments:
Post a Comment