+ Patung Beruang Dan Zaman Waktu Kecil +
Entri kedua di tahun baru,
mari kita bercakap-cakap dengan kenangan.
Waktu saya masih kecil,
saya membesar dengan abang dan adik saya yang kesemuanya berjantina lelaki
Jadi, rutin hidup saya pun seperti mereka juga.
bermain gasing, panjat pokok, panjat tingkap, bermain lawan-lawan dan lain-lain
Saya jarang-jarang dimanjakan dengan anak patung atau barang perhiasan
pernah suatu hari
saya tidak ingat waktu itu berapa tahun,
saya tiba-tiba mahu satu patung mainan
iaitu anak patung yang comel-comel di pasaraya Mini Market (sekarang pasaraya itu sudah terbakar)
Saya minta , tapi emak tak belikan
sampailah suatu hari saya merengek, menangis di hadapan emak
Waktu itulah emak memarahi saya dihadapan abang-abang saya dengan berkata
"Mak tak ada duit, faham tak? tak ada duit!"
sejak hari itu, saya tidak meminta apa-apa lagi anak patung
termasuklah patung beruang atau barang mainan perempuan.
Tapi biasalah naluri seorang ibu memang tak mahu anaknya kecewa
beberapa minggu selepas itu emak belikan saya anak patung.
Abang saya mengambil anak patung itu dan menanggalkan badan dan kaki
katanya malam-malam patung itu bergerak dan bunuh kami semua.
Saya tahu, angah tak mahu saya jadi orang yang meminta minta lagi
Saya mula memilih bermain gasing, bola atau kereta mainan.
Kawan,rupanya ibu ayah adalah orang yang kuat paling berahsia tentang masalah kewangan
Mereka tidak akan luahan sehingga pada keadaan yang sepatutnya
Jadi, saya cuma ada kenangan anak patung perempuan yang diceraikan tangan
dan tidak pernah ada patung beruang waktu zaman kecil
waktu zaman sekolah,
saya lihat kawan-kawan yang bercinta menerima hadiah anak patung beruang
saya mahu juga
tapi saya bukan jenis orang-orang bercinta
Setelah itu saya terfikir, nilai cinta bukan hanya diukur pada patung beruang
Minggu lalu, saya menerima sebuah bungkusan besar dihantar abang posmen
Sebaik sahaja saya membuka bungksan itu,
di dalamnya ada sebuah anak patung beruang besar bewarna ungu
dengan kad tertulis
-Selamat hari jadi, wafa!
kerana saya menerima hadiah itu pada tahun baru,
Maka terima kasih Nabila Nordin untuk hadiah anak patung beruang pertama saya pada usia 20 tahun.
Hari ini, saya sudah ada adik perempuan yang mempunyai banyak anak patung beruang miliknya
inilah kenangan yang saya ceritakan padanya tadi
sekarang dia sudah tidur kerana esok sekolah.
Terima kasih kenangan!
No comments:
Post a Comment