# Jiwa yang tersihir #

Thursday, 9 January 2014

+Kerana Hidup Adalah Roda-Roda+

Saya pernah menulis sebuah cerpen bertajuk Setelah Rimpuh
 yang menceritakan tentang masalah rumahtangga.

cerpen itu ditulis berdasarkan apa yang saya baca dan lihat di masyarakat sekeliling.
Kanak-kanak adalah golongan yang sangat teruja dan waktu otak sedang giat bekerja
mereka ada rasa ingin tahu yang kuat
mereka akan memerhati  dan ikut apa-apa di sekeliling mereka.
Di sinilah peranan ibu bapa sangat dititikberatkan.

Bayangkan kalau suami asyik memarahi isteri di depan anak-anak dengan kerap?
Akan ada implikasi yang timbul.
-Rasa hormat terhadap ibu akan berkurangan setelah dibesarkan dengan makian ayah.
Anak akan cenderung mempercayai cakap-cakap ayah berbanding ibu.
lagi parah kalau ada yang sampai menganggap ibunya tak berguna
Kerana hidup adalah roda-roda waktu yang berputaran,

- tidak mustahil untuk anak mengulangi perbuatan itu kepada isterinya 
dan  memaki di hadapan anaknya pula kelak.
 Jadi benda ini akan  berulang-ulang tak berkesudahan
 dan menjadi penyakit yang tidak disedari oleh masyarakat.

Rupanya masih ada lagi keluarga yang melarang anak lelaki turun ke dapur
 atau mengajak  melakukan kerja-kerja rumah
Anak-anak tidak diajar untuk membantu ibu di dapur
Anak lelaki tidak diajar membantu adik perempuan.
membuat kerja rumah sebenarnya memupuk sikap kerjasama dan empati yang tinggi
 anak lelaki  pada hari ini diajar bermain permainan komputer dan lepak dimana-mana
manakala anak perempuan dikerah melakukan kerja-kerja rumah.
Maka, anak lelaki dibesarkan tanpa rasa ingin menolong.
Lalu terjadilah suasana ayah-ayah lepak di warung kopi 
manakala kaum ibu mengangkat cucian,masak,mengemas dan mengasuh anak serentak
Lagi parah kalau rupanya sang ayah tidak bekerja.
maka isterilah yang melakukan kerja rumah pada masa yang sama bekerja untuk keluarga.

Bagaimana seorang anak yang dibesarkan dengan ketiadaan nilai-nilai seperti rasa hormat dan 
saling membantu ini akan menjadi seorang suami yang baik?
kerana tidak pernah membantu ibu, maka dia tiada perasaan untuk membantu isteri.
Bahkan Nabi sendiri melakukan segala kerja dengan kudratnya
 kerana tidak mahu menyusahkan Aisyah isterinya.

Apapun, ini sekadar pendapat peribadi. Kamu tak perlu untuk bersetuju dengan saya.

No comments: