# Jiwa yang tersihir #

Tuesday, 31 December 2013

+ Surat Cinta untuk 20 +



Apa khabar awak, 20?
Maaf saya buru-buru menulis surat ini 
kira-kira setengah jam sebelum saya menjadi awak.

Awak, mari kita duduk sekejap sambil mengenang kembali kisah kita.
Saya yakin awak masih ingat lelahnya kehidupan
dan disebalik kelelahan itu, apabila awak cuba bertabah,
awak pun tak sangka yang awak mampu harunginya sedemikian hebat.

awak, saya masih ingat awak ialah orang yang suka memasang harapan
dan awak pun sedih kerana harapan itu kerap kali dikecewakan
awak, saya mengenali awak sebagai orang yang terlalu risau dengan banyak hal
juga, saya mengenali awak dengan orang yang tidak yakin
saya tahu yang awak pun cuba tangani hal-hal itu.

Awak,
kini awak sudah mula menjadi dewasa
raikan pengalaman untuk umur ini.
Tidak mengapa sesekali harapan awak itu dikecewakan
tidak mengapa untuk sedih. Tapi ingat, saya percaya awak mampu mencari harapan baru.
Bukankah awak masih ada banyak pintu yang belum diketuk ?
Awak,
tidak mengapa menjadi orang yang risau itu dan ini
tapi ingat, bukankah menjadi tenang itu akan membuat kerja awak semakin lancar?
Awak,
saya fikir 
awak jadi orang yang selalu tidak yakin,
kerana tidak ada ruang untuk meluahkan apa yang awak rasa
dan bila ada masa yang awak mahu keluarkan pandangan,
pandangan itu ditolak mentah-mentah dan awak tidak berani menyatakan apa-apa lagi.
Tidak mengapa.
Bukankah orang yang mencuba itu sentiasa selangkah kehadapan dari orang yang tak mencuba?
nanti cuba analisa kembali pandangan awak itu ya : )
tidak mengapa untuk berbeza pendapat,
 bukankah Tuhan itu miliki sifat yang boleh membolak balikkan hati?
Tidak mustahil suatu saat nanti Tuhan membuat pandangan kamu dan mereka selari.


Awak, ingat ni.
Sudah terlalu cukup untuk awak dan saya,
kita berharap pada manusia.
Akhirnya awak kecewa 
bila apa yang awak harapkan daripada manusia itu tak seperti apa yang awak sangkakan.

Awak mengasihi kawan-kawan awak.
awak kata persahabatan ini ikhlas,
Lalu, atas alasan apa untuk awak sedih kalau mereka tak melayan awak seperti apa yang awak harap?
Awak kata awak tolong orang kerana ikhlas
lalu , kenapa awak bersedih kalau orang itu tidak membantu awak kembali?
Awak kata kelebihan kita untuk dikongsi
lalu, untuk apa awak duka dan awak sangka awak rupanya hanya diperguna?

Awak, takdir mungkin terlihat tidak adil.
Tapi percayalah Tuhan tidak akan menghampakan.
Cuba lihat kembali sekeliling awak, kerana kesabaran itu,  apa yang Tuhan sudah beri?
Awak,
bahagia itu tidak hanya pada harta. Tapi pada jiwa. 
Jadilah orang yang kaya jiwa. 
kerana Tuhan tahu. Tapi menunggu. 


Awak, untuk umur yang ke 20.
Selamat menjadi gadis yang tabah.
Awak akan temui macam-macam hal yang lebih mencabar.
Dan itulah yang akan mematangkan awak.
Ketawalah bila waktunya yang awak perlu ketawa
Menangislah bila saatnya awak perlu menangis.
memang hidup ini ada waktu dukanya.
Tapi jangan korbankan seluruh masa-masa yang awak layak untuk bahagia. 

sampai sini dahulu.
Selamat memberi erti pada umur ke dua puluhmu.






Salam sayang daripada yang selalu mendoakanmu,
-sembilan belas.



No comments: