# Jiwa yang tersihir #

Friday, 10 January 2014

+Buku Dan Beberapa Hal Tentang Kenangan+



sebenarnya apa-apa yang melibatkan buku akan memakan masa yang panjang
menulis buku, membeli buku
juga
termasuklah menyusun buku.

Saya mengambil masa yang lama untuk menyusun buku-buku di rak.
kerana waktu itulah kita akan melihat buku-buku yang kita sudah lama tidak lihat
Juga tiba-tiba mendengar buku-buku merengek minta dibaca.
Lalu kita pun menyelak.
Lama-lama terbaca muka surat dan bersambung pula pada muka surat yang seterusnya.

Tapi antara hal yang paling saya suka waktu menyusun buku ialah 
perkara-perkara sentimental.
misalnya tarikh saya membeli dan tandatangan kecil pada buku itu.
juga
Saya akan membelek buku-buku yang diberikan kawan dan kenalan
kerana di dalam buku itu ada sedikit ucapan daripada pemberi buku.

Saya ada banyak kenalan yang memberi buku sebagai tanda ingatan
juga sebagai hadiah ulangtahun
ada juga yang memberi buku sebagai tanda galakkan
contohnya pensyarah saya di kampus. Atau senior dalam bidang penulisan.
Saya ada juga kawan-kawan yang memberikan saya buku puisi lama 
walaupun mereka tak berminat dengan buku sedemikian.
Ada juga yang memberi buku kerana saya paksa. HAHA.
Kadang, kita minta mereka belikan buku untuk kita bukan sebab saja-saja.
Tapi sebab kita mahu simpan sesuatu sebagai kenangan 
Tapi jangan salah anggap. Saya bukanlah orang yang kuat membaca seperti kawan-kawan saya.

Oh ya, kalau ada  yang terbaca catatan ini,
biar saya cadangkan sesuatu sebagai  hadiah untuk kamu berikan kepada sesiapa selain doa-doa.
Apa kata kamu hadiahkan buku.
Contohnya saya hadiahkan buku kepada ibu ayah saya waktu hari lahir saya.
Di dalamnya kamu tulislah beberapa kata yang manis-manis
Biar dia hidup dengan kata-kata kamu.

atau kamu mahu tahu hadiah yang lebih istimewa?

Tuliskan dia sebuah buku : )






1 comment:

Anonymous said...

Hadiah buku sangat sesuai untuk pencinta buku. :)

Tetapi saya selalu terlupa menuliskan tarikh buku dibeli dan di mana. Harus kemas kini maklumat ini :)