+Waktu Langit Masih Kelabu+
Langit masih kelabu waktu saya menemuinya petang itu
dia sedang menulis catatan
tulisannya sedikit tidak kemas
saya tahu itu tandanya dia menulis dalam keadaan terburu-buru
saya tahu dia tidak mahu ideanya hilang
"Apa tidak terlalu cepat untuk kita ceritakan?" tanya saya.
dia tersenyum.
"Siapa yang boleh menahan cepat waktu? kita tidak mampu. Kita cuba untuk berani" kata dia kepada saya
"Bagaimana kalau tidak terjadi seperti apa yang kita bayangkan?" saya ragu.
"Maka kita akan belajar merelakan"
"Apa kamu tidak malu kerana akan disebut dikemudian hari? apalagi ini akan menjadi memori yang akan diingati"
"Tidak perlu khuatir. kerana orang mukmin itu saling menutup keaiban sesama saudaranya. Jika ternyata ada yang tahu tentang hal ini dan merendahkan kita, ternyata dia bukan muslim yang baik. Dan kamu rupanya terselamat daripada hal-hal tidak baik itu"
"Kamu berani" kata saya.
tiba-tiba tulisan yang dicatatnya bergerak-gerak
terapung ke udara dan tercantum menjadi seekor rama-rama yang cantik
kemudian terbang.
"Eh, rama-rama itu mahu terbang ke mana ?" saya sedikit menjerit.
"Pulang kepada yang empunya. Yang selayaknya. " kata dia.
Dan kami saling berpandangan.
No comments:
Post a Comment