+Selamat Tinggal CFSIIUM +
Selamat sudah keluar offer letter untuk memasuki Main Campus,
InsyaAllah saya akan meneruskan pengajian dalam course Mass Communication.
Rupanya ini adalah saat benar-benar meninggalkan CFSIIUM.
oh ya, boleh jadi kamu menjumpai post ini apabila kamu google tentang CFS.
Boleh jadi kamu adalah rakan-rakan yang merupakan sebahagian dari kenangan saya
mungkin kamu adalah junior yang tidak sengaja menjumpai entri ini.
Tidak mengapa. Silakan duduk.
Dan saya akan bercerita.
Mahallah
Saya merupakan penduduk Mahallah Zainab.
Saya tidak sebilik dengan mana-mana rakan yang satu kos dengan saya
Namun, saya ada ramai kawan satu kos di mahallah yang sama.
Takdir menemukan saya dengan rakan sebilik yang memahami
Juga jiran-jiram bilik yang sangat baik.
Seingat saya Aiman , Qisya dan Bab adalah sahabat terawal.
Kami berjumpa di depan ampaian.
Oh ya, kalau kamu duduk di Zainab, ada satu tempat ampaian Ground Floor.
Di situlah saya bertemu mereka.
waktu musim peperiksaan saya akan tawaf satu mahallah mencari tempat belajar
kadang di musolla tingkat paling atas dengan filzah
saya pernah juga 'terserempak' dengan 'mereka' waktu tengah malam
tapi mereka baik saja.
sem satu hingga tiga, saya tidak selalu terlibat dengan aktiviti mahallah.
Fellow sendiri pun saya tidak tahu siapa.
Namun takdir merubah saya apabila
saya dipaksa menjadi presiden waktu sem akhir saya
membuat saya mula rapat dengan fellow dan principle
saya mula belajar mengakrabi masyarakat.
saya pernah tiba-tiba menjadi MC pada aktiviti besar mahallah
juga tiba-tiba menjadi penari waktu minggu kebudayaan
saya belajar menyediakan hidangan waktu bulan puasa. Moreh dan bubur lambuk.
menjual roti sosej dari bilik ke bilik
Ini tempatnya saya belajar tentang hidup.
Kuliah.
dengan keputusan EPT dan APT tahap 6,1
menjodohkan saya dengan rakan sekelas yang manis-manis.
Dari sem 1 hingga akhir, saya tidak jumpa seorang lecture pun yang tidak best.
Rakan sekelas saya juga sangat baik dan memahami.
Saya terkejut kerana miliki kawan-kawan yang sangat baik seperti mereka semua
mereka adalah semangat untuk saya datang ke kelas
saya akan rindui kelas yang kepoh dalam Psychology
Kelas yang sunyi dalam waktu BMW
kelas krik krik krik waktu contemporary issue
kelas kejutan budaya waktu sociology
Kelas yang bunyi cengkerik waktu Arab
kelas yang tak-berapa-faham waktu Critical Thinking
Kelas tak-pernah-ngantuk waktu communication
Kelas banyak-cerita-arnab waktu history
dan kelas Nasi lemak- nasi ayam dalam political sciences.
dan saya rindui kelas Religion in Malaysia dan IRK.
Fochuss
Fochuss adalah nama singkatan bagi persatuan saya di CFS IIUM.
Beruntung siapa yang terpilih menjadi ahli committee human sciences.
itu kata-kata yang benar!
hidup saya di CFS banyak diceriakan oleh mereka
membuat program bersama-sama menjadikan kami seperti keluarga.
walaupun sebenarnya kawan saya yang meletakkan nama saya sehingga dipanggil ditemuduga
namun saya bahagia dengannya.
saya akan rindui mereka semua yang ramah.
saya akan rindu saat meeting yang panjang tapi bahagia di LY dan Annex
Bila kita sudah mengenali banyak orang
kita akan rasa selesa dengan kehidupan.
Saya seronok bila disapa sewaktu dalam perjalanan ke kelas
juga suara ramah dan lawak sewaktu mensyuarat
dan kelelahan dalam melaksanakan tugasan pun akan tiba-tiba hilang.
Dik, nanti bila kamu rasakan hidup di CFS sangat bosan,
mesti ada ruang yang kamu tak terokai.
Geng Sembang
Geng sembang adalah kawan-kawan saya
maksud saya kawan-kawan sembang saya.
Asalnya kerana kami sering berdiskusi tentang kehidupan
tiba-tiba ahlinya kian makin besar,
Kami sering lepak di LY kadang sampai pukul 4 pagi. Lepas tu takut-takut nak balik.
Saya akan rindu solat jemaah, study, makan bersama-sama mereka.
Geng kental
Geng kental sebenarnya adalah rakan-rakan rapat saya
kami sehisbah
mereka adalah teman wanita saya yang paling akrab di mahallah
asalnya kerana kami sering bekerja jual sosej dan menguruskan hisbah bersama-sama
saya masih ingat waktu itu Annual Grand Dinner
asalnya saya hanya memakai baju kurung dan tudung bawal sahaja
seperti mahu ke kuliah.
Namun mereka menyerbu bilik saya dan memakaikan saya selendang yang aneh-aneh
saya menghargai ukhuwah ini
The Prism
kerana saya mencintai seni
maka ini adalah geng berkongsi rasa seni saya.
saya seronok duduk bercakap tentang muzik,lagu, suara dan buku bersama-sama mereka.
saya akan rindui perasaan gemuruh bila mereka memasuki apa-apa pertandingan
kerana kami satu keluarga, maka saya juga akan gembira jika mereka berjaya.
Saya ada buatkan lagu yang sederhana untuk mereka, cubalah cari.
Harap kamu jumpa.
HS
Untuk meletakkan semua nama dan kenangan dalam tempoh setahun setengah dalam satu entri ringkas memang mustahil.
Maaf kerana saya tidak mungkin bercerita panjang tentang semua orang.
Siapa pun anda, jika kita pernah bersembang
atau paling tidak menyapa saya di twitter, saya tetap anggap kamu semua adalah rakan-rakan saya.
Saya bersalah jika anda mengenali saya namun saya tidak tahu nama anda.
Maafkan saya.
saya dihadiahkan Tuhan rakan satu kos yang sangat luarbiasa ramahnya
berada dalam kos Human Sciences sering membuat saya seperti punyai keluarga besar
tiada masalah untuk belajar bersama-sama
dan untuk keputusan major yang baru keluar ini, selamat melanjutkan pelajaran, kawan.
Selamat Tinggal, cfsiium
kerana saya punyai beribu kenangan manis di CFS, saya jadi berat untuk tinggalkan tempat ini.
kalau kamu adalah junior yang membaca catatan ini,
sampaikan salam saya buat Kak Nas Fotokopi di perpustakaan.
Mak cik kiosk yang selalu beri saya angpau raya sudah tidak bekerja di sana
kalau kamu menjumpai mak cik yang menjaga busana, katakan padanya selamat menulis.
saya berhasil punyai kenangan manis di CFS,
oleh itu, kalau kamu masih berada di CFS dan tiada kenangan baik langsung
Masih belum terlambat untuk cipta satu memori indah. Selamat mencintai CFSIIUM.
Jalan yang kami lalui juga tak mudah semasa di CFS,
Namun, tak semudah itu untuk saya, kami dan kamu untuk mengalah.
selamat belajar menghargai.
Kepada rakan-rakan,
terbanglah sejauh mana pun
selepas ini, dunia yang kita lalui mungkin berbeza.
terima kasih untuk kenangan, perhatian, ucapan dan doa-doa.
Kerana kalian semua orang yang baik, Maka saya yakin Allah juga kasih pada kalian.
Selamat berjuag, kawan-kawan
dan saya pasti merindui kalian.
2 comments:
nice entry wafa aula... ^_^ ku tertanya-tanya, apakah rasa bila di kelas 'computer'nya? hehe
Salam singgah,,, sedihlah background sound ko weyh. Sesuai dengan entri pos ni. Nak menangis...huhu~ InsyaAllah kita jumpa lagi. :)
Post a Comment