# Jiwa yang tersihir #

Tuesday, 25 June 2013

+ Tentang Perasaan +

Ada satu ketika. Kita perlu masuk ke dalam diri kita.
Memahami apa yang kita perlu daripada apa-apa yang kita mahu.
Kawan, untuk apa kita selalu membandingkan diri kita
dengan mereka yang kita rasa punya segalanya ?
contohnya
Kita merasa rendah hati kerana hanya menggunakan telefon biasa-biasa
manakala rakan kita semuanya menggunakan telefon Blackberry, samsung s3 contohnya.
patutkah kita merendahkan dan melekehkan diri sendiri untuk perkara sekecil itu?
oleh sebab dia boleh dapat apa sahaja yang dia mahu dengan terlalu senang
dia tak fahami tentang berjuang
kamu istimewa, kawan.
kerana harus berasa lelah. Atau sesekali parah
sebelum dapat apa yang kita impi.
dan kelelahan itu rupanya kawan, telah menjadikan kita orang yang selalu berusaha
tapi kawan, untuk apa pula kita mesti menyamakan diri kita seperti mereka ?
untuk rasa dihargai ?
atau untuk membangga diri ?
sebelum kamu buat keputusan untuk sesuatu,
fikir dahulu sebab dan alasannya.
sebab mereka yang jujur dengan kita akan menerima kita apa adanya. Iya, sesederhana kamu

1 comment:

Jamilah Mohd Norddin said...

dan sebenarnya tidak perlu malupun punya telefon yang tidak mewah itu. :)

lelah kan, jika semuanya mahu disamakan dengan orang lain? hurm.