# Jiwa yang tersihir #

Wednesday, 12 June 2013

Tentang kenangan #1

 
belakangan ini, saya tidak tahu mengapa, saya sering didatangi kenangan.
peristiwa waktu zaman sekolah. (Yang sepatutnya saya boleh lupakan saja) semacam berlari-lari dan menyapa saya.
Adakah saya mempunya long-term memory yang dasyat pada waktu itu ? , ok itu semua poyo.
Mungkin saya rindu. Atau terkenang saja.
Jadi, saya berhajat mahu penuhi entri di blog tentang kenangan-kenangan itu.
untuk dikongsi-kongsi pada yang sudi. Atau mungkin tatapan sendiri
Sewaktu saya tingkatan satu. Saya yang naif tidak tahu apa- apa pada waktu itu.
Masih saya ingat ada seorang kakak yang dikatakan bakal masuk asrama.
rata-rata penghuni asrama sangat tidak senang
saya sendiri kurang arif tentangnya.
semua bercakap tentang kakak itu. 
banyak cerita-cerita buruk yang saya dengar tentang kakak itu.
apabila kakak yang dikatakan itu pun menjadi warga asrama.
Saya pun tercari-cari. Saja mahu melihat wajahnya.
Rasanya belum sampai seminggu dia di asrama, dia telah memakai selipar warden tanpa kebenaran.
tapi
kakak itu sangat ramah. Saya rasa dia baik saja.
Suatu hari, saya ditugaskan menjaga seorang yang penghuni di tingkat paling atas.
Di asrama saya, tingkat paling atas agak 'keras'
hanya ada 2 bilik saja yang dibuka. 
Pada waktu itu pula, asrama saya sunyi kerana budak-budak pergi prep di sekolah.
Tiba-tiba kakak yang dikatakan bermasalah tadi muncul di pintu tercungap-cungap.
ditangannya ada nasi lemak.
"Kau ni jaga sesorang. Bahaya. Nah nasi lemak"
kata kakak itu sambil menghulur nasi lemak. Kami makan berdua sementara pelajar yang sakit tadi tidur.
sewaktu makan, barulah saya tahu yang ibu ayahnya meninggalkannya
dia sempat menyaksikan pengebumian neneknya. Kemudian dia dihantar ke rumah anak yatim.
"Akak tak mahu cari mereka? (ibu dan ayah) " tanya saya waktu itu sambil melihat banyak ubat. Rupanya dia sakit.
"Aku nak buktikan, aku boleh hidup tanpa diorang" Cuma itu jawapan akak itu.
kemudian, akak itu menghilang. Pihak sekolah dan keluarga mencari kakak itu merata-rata. Ada yang kata dia lari megikut lelaki. Ada yang menemuinya sudah mengandung. Entah. Saya malas mahu percaya.
Saya masih teringat akak itu. Moga dia baik-baik saja.

No comments: