# Jiwa yang tersihir #

Monday, 27 May 2013

+ sem tiga dalam ingatan yang sejahtera +

 
saya sangat berhajat untuk ceritakan banyak perkara dalam setiap entri
tapi, saya tak punya masa.
Baik, mungkin saya memang pura-pura tak ada masa. keh keh keh
sem tiga adalah sem terakhir saya memegang jawatan sebagai FOCHUSS committe.
saya sangat sedih.
terlalu banyak kenangan yang terkumpul. 
saat mensyuarat yang mengeratkan
saat lelah yang mematangkan
saya tak temui apa-apa kata untuk katakan pada adik-beradik committe ini melainkan

'saya terlalu cinta kalian. Iya, terlalu sayang'
 
 
 
 

saya bukanlah orang yang hebat dalam berdebat
saya orangnya pemendam
entah bagaimana saya tiba-tiba masuk debat di IIUM
ini pengalaman yang amat dasyat.
pengalaman yang membuat saya membenarkan kata-kata ustaz Pahrol
'Kita sebenarnya lebih hebat daripada apa yang kita bayangkan'
saya berkali kata saya tak mampu lakukan dan teruskan dalam arena perdebatan
tapi, iya. Jiwa saya tidak membenarkan itu semua
saya sebenarnya memang boleh lakukan.


 
 
 
saya temui Ana Rafali semasa konsert 
pada awalnya saya tidaklah terlalu mahu mengikuti konsert ini memandangkan tahap  kesihatan saya tidak begitu menggalakan
tapi, sebaik saja semasa sesi forum
saya dengan kak Ana katakan
'Apapun, saya akan cuba untuk menghasilkan lirik lagu yang menyeru kepada perkara positif''
saya tersentuh dengan kata-kata itu
saya memang teringin mahu tulis lirik lagu dan hasilkan lagu-lagu yang menarik dan positif
saya nekad mahu bergambar.
Iya, walaupun mungkin bukan apa-apa
kami adalah orang terakhir yang dibenarkan bergambar dengan beliau
sebelum beredar beliau sempat menyampai pesan

"Teruskan berkarya. Saya tunggu"

 
 
 
 
seingat saya. Peers mengadakan minggu kaunseling tiga minggu sebelum midsem
saya sangat terkejut
ini adalah program yang baik
ada tayangan video.
dekorasi dewan yang menawan
permainan dan bermacam lagi. 
Gambar ini dirakam bersama-sama rakan sebilik sebelum bilik kami banjir dan diarahkan pindah

 
 
saya bertemu Fatimah Syarha setelah saya hanya membaca karyanya seawal umur 13 tahun
sebenarnya itu tidaklah terlalu awal.
Menariknya tentang beliau.
Saya bagai tersihir dengan bicaranya
setiap kata adalah hikmah
saya belajar untuk bijak berkata-kata seperti beliau

"Siapa nama kamu?" tanya beliau
"Saya wafa. Wafa Awla" saya senyum
"kamu ada bakat. Selamat menulis"
untuk orang yang biasa-biasa seperti saja. Itu pengalaman yang menguja.


 
 ada banyak kisah yang saya mahu sangat kongsi. 
tapi untuk kali ini. Ini dulu ya.
macam la ada orang nak baca. muahahaha !

1 comment:

Kekwa said...

wafa orang hebat yang pernah aku temui . Teruskan apa yang kau cinta ! Aku sokong kau . *tepuk bahu*