+ Tentang Pesta Buku +
Ada sesuatu yang menarik tentang pesta buku kali ini
yang membuat saya mahu datang dan datang lagi
meski sesak - poket kering
juga tahap kesihatan yang tak berapa mengizinkan.
Ah ! saya selalu sakit bila hampir tiba minggu final.
tapi, kerana cantuman mimpi. Iya, kerana buku itulah saya gemar pula iseng-iseng ke gerai ITBM
berkenalan dengan penulis yang hebat.
Berborak dengan kak Yana yang ramah.
Hari ini, takdir telah memilih saya untuk bertemu Sasterawan Negara ke-12. Dato' Baha.
Dato' yang sangat ramah dan rendah hati
Maka seganlah pada sesiapa yang bangga dan mengaku dengan sombong karya mereka hebat
Beliau yang persilakan Kak Eja duduk dan beliau sebagai sasterawan negara pula yang berdiri.
Kami segan. Beliau sangat baik.
"Kamu generasi yang bertuah. Menulislah. Tidurlah seperti penulis, bermimpilah seperti penulis."
-Dato' Baha. :)
1 comment:
peh kewl sunggu Dato Baha nie. oh sem weh. humble nyoo. ayat last dia menarik.
Post a Comment