# Jiwa yang tersihir #

Saturday 2 March 2013

+ How To Be A Good Writer +


sebenarnya ini catatan penting yang saya tangguhi penceritaanya di blog ini berkali-kali
lantaran hambatan tugasan dan gesa waktu yang sering membuat saya terburu-buru.
kali ini saya akan ceritakan pada anda tentang sebuah hari yang saya akan senyum memikirnya.

setibanya saya di kampus ini, saya memang mencari kawan-kawan yang mahu menulis
Kerana saya mahu semangat itu terus mengalir dan tak akan pernah kontang.
semester satu dan dua, saya gagal mendapatkan rakan seperjuangan yang punya minat serupa dikampus ini.
Maka saya berpindah ke alam maya untuk mencari kawan sekepala
berborak mengenai karya - puisi kesukaan - penulis kecintaan mahupun bersembang tentang buku.
namun, saya masih cuba mencari, kadang memaksa kawan-kawan sekampus untuk menulis sama.

Hinggalah suatu hari , Allah menyahut doa-doa saya.
Saya ditugaskan untuk mengendalikan program How To Be A Good Writer di kampus.
Tuhan saja yang tahu betapa bahagianya saya
dalam diam saya bersorak. Kadang rasa seperti mahu menangis keterharuan.
Awal pembahagian tugas, saya sendiri yang tidak segan-segan (selalunya segan)
mengangkat tangan sukarela menjadi pengerusi (sebuah bidang tugas yang jarang-jarang menjadi pilihan)

program ini dibahagikan kepada tiga sesi.
Pertama bersama Ustaz Zahiruddin Zabidi - yang saya ikuti perkembangannya di laman FB. Dan selalu mendengar tentangnya daripada rakan - rakan  dari Gombak.


"Dunia penulisan adalah satu dunia yang unik" kata beliau. 
Dan kata-kata itu selalu terperangkap dan tak dapat keluar lalu  bergema dalam fikiran saya.
kata beliau lagi, semua orang cerdik dimuka bumi ini adalah penulis.


seterusnya,
majlis diteruskan dengan sesi kenal-kenal puisi dan bagaimana untuk terjah media oleh Abang Hafiz Latiff dan Kak Sayidah Muizzah. Mereka yang saya mula-mula kenal semasa berbengkel di Dewan Bahasa dan Pustaka dua tahun lepas. 
Sesi kedua agak sedikit lucu.  Masing-masing ada saja humornya.





"Semua orang adalah penulis. Menulislah dengan jiwa" kata mereka.

seterusnya sesi di sebelah petang bersama-sama ustazah Fatimah Syarha
Ustazah yang kerap menguntum senyuman ini sedikit sebanyak mengurangkan gugup saya 
yang hadir tidak semena-mena itu.
Acara disebelah petang kala hujan itu berjalan dengan baik. 



"Jika kamu menulis kerana Allah. Maka kamu tak punya sebab untuk berhenti menulis" pesan ustazah.


Betapa, ini adalah pengalaman yang mematangkan
saya tersangat berharap agar saya tak hilang seorang pun kawan-kawan yang hadir dalam program ini.
kawan, kita sudah punya sayap
mari kita kuak sayap itu dan terbanglah !


terima kasih kepada adik beradik committe yang sama-sama bersemangat untuk program ini.
Moga Allah mengasihi kalian dengan kasih yang terdalam :)



Pertemuan berlaku
Di penjuru mata mu
Yang ungu
Lalu membiru

Pertemuan berlalu
Di penjuru dada ku
Yang Sayu
Lalu Terharu

-T. Alias Taib


2 comments:

Nur Zulaikha said...

saya suka fatimah syarha!!!!

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ said...

Salam ziarah dik :)

Seronoknya baca entri istimewa ini. SEbab terlalu istimewa Allah tangguh hingga saat dan masa yang selayaknya. Tahniah adikku, Wafa Awla.

Panel jemputan semua yang terbaik. Cayalah!

Jom, menulis kerana Allah!