# Jiwa yang tersihir #

Monday 11 February 2013

+Dan Kita Belajar Menghargai +

"Kau tak akan tahu bagaimana siksanya berdiam diri seperti aku" kata kau.
"Aku tak pandai berkata-kata seperti kau. Kau punya banyak kawan. 
Hidup kau tentulah bahagia.
Aku dulu ingin punya ramai kawan, tapi aku sering ditipu.
Hanya dijadikan kawan waktu aku susah. Waktu dia senang, aku pula disisihkan."



kau mengadu. Ya, barangkali kau fikir aku tak memahami.
Terlalu cepat, kawan.
Kau letakkan kenyataan yang belum pasti.
Hakikatnya tak seperti itu. Punya banyak kawan, bukanlah kayu ukur kebahagiaan
banyak kawan - ertinya kau perlu menjaga banyak hati
banyak kawan- kau punya peluang besar untuk dikhianati.
bukankah peratus kita disakiti oleh orang tersayang adalah lebih besar?
Jangan berharap mereka akan beri seperti apa yang kita beri kepada mereka
bukankah keikhlasan itu tidak mengharap balasan apapun?

maka kawan.
apapun yang ditakdirkan kepada engkau. Syukurlah.
punya banyak kenalan, tak semestinya engkau punya banyak kawan
banyak kawan tak semestinya engkau punya banyak sahabat

kalau kita tak dapat apa yang kita suka. Maka sukalah apa yang kita dapat
kerana itu kesyukuran.
sayangilah orang yang selalu menyayangimu.
jangan pernah sisihkan seorang pun
kerana siapapun yang ditakdirkan untuk berada dekat dengan kau
adalah orang yang penting kepada engkau.

aku terlalu memahami perasaan itu,kawan
 aku sedia menjadi pendengar. Carilah aku bila-bila masa kau mahu
maaf, mungkin aku tak selalu ada
cuma pesanku, kalau kau mahu cari seorang kawan atau teman 
buat kau kongsi cerita suka atau duka pada bila-bila masa yang tak terduga
carilah Tuhanmu.
dan Dialah sahabat utama :)

Selamat belajar menghargai, kawan.

1 comment:

Nory Zoulkefle said...

susah kan nak cri kawan yg boleh susah senang bersama....huhu