# Jiwa yang tersihir #

Friday 25 January 2013

Untuk Apa kita Katakan Tentang Mimpi ?




Mimpi ?
untuk apa kita sibuk perkatakan tentang mimpi?
Kawan, pesan saya kepada kalian, bermimpilah !
Jangan takut untuk bermimpi. Kerana darinya kita memanjang usaha. Kita memula langkah

Mimpi bukanlah sesuatu yang kau lihat dalam tidur
Tapi mimpi adalah sesuatu yang buat kau tak boleh tidur bila memikirnya.
Dalam mengejar mimpi
kita akan menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran. Itu lumrah, kawan.
Kerana kesusahan-kesusahan itu yang ajarkan pada kita makna ketabahan.
Pesan saya, apapun yang terjadi, jangan pernah putuskan mimpi-mimpi itu

Dengan menjadi sang pemimpi, kita akan lebih sedar bagaimana cara untuk berlari
Dengan itu, seribu kalipun kita tersungkur, kita akan berjuang kembali
Ingat,
kita tidak pernah gagal, kawan
Kita cuma tak jumpa cara yang sesuai.

saya dan beberapa kawan telah punya mimpi dan sedia untuk dikongsi pada Februari ini
Nantikan apakah mimpi yang kami maksudkan


Maka, saya mengajak kawan-kawan semua untuk kongsikan mimpi-mimpi kalian bersama-sama kami

Jom kita kongsikan mimpi kita  DI SINI
atau hastag di twitter #CantumanMimpi

contoh :  #CantumanMimpi menjadi seorang pengacara di TV Al Hijrah




Mari kita sama-sama jelmakan segala mimpi.
Dan biar Tuhan memeluk mimpi-mimpi itu.


1 comment:

akumann2803 said...

Mimpi mainan tidur..adakala mnjd realiti..adakala hy fantasi..
Salam perkenalan