# Jiwa yang tersihir #

Friday, 1 February 2013

+Yang Mungkin Kerdil Di Mata Kita +

 
 
 
 Pernah tak dengar, kadang-kadang membaca bukan hanya pada buku.
 Kita boleh juga membaca pengalaman, membaca suasana. 
Kita belajar daripadanya.
 semalam, setelah tamat program, Kami semua berkemas-kemas.
Ada seorang kawan mengutip sampah yang berselerak. 
"Kita kena kutip semua ni, Fa. Tak payah banyak-banyak pun tak apa. 
Seorang 5 sampah dalam tangan pun dah cukup.
 Nak lagi kita semua ramai. Lagi cepat nak bersih dewan ni. 
Biasanya kalau kita buat benda baik, Allah permudahkan"
sayapun sama-sama dia, mengutip sampah.
Sejenak, saya terfikir. 
Benar, kadang kita terlupa untuk menggali himah walaupun dalam peristiwa-peristiwa kecil.
Dalam mana-mana pekerjaan pun kita tak tahu mana satu yang Allah redha
Mungkin waktu kita kutip sampah itu. Mungkin waktu kita lakukan perkara kecil itu.

Saya percaya, perkara yang mungkin terlihat kerdil di mata kita tetap akan dinilai.
Bukankah setiap perkara yang berlaku walau sebesar zarah pun tetap akan diperlihatkan ?
Allah akan menilai perkara kecil itu, kawan.
waktu kita mengimpikan kejayaan, Allah akan kumpulkan semua perkara kerdil itu dan menjadikannya faktor besar yang membuatkan kamu berjaya.
selamat menghargai perkara kerdil itu !

No comments: