+ Tamat, sem 2 yang tenat +
Saya mahu ceritakan tentang semester 2 yang tenat. Sebulan lebih je. Cukup tenat.
Buat tatapan cucu cicit dikemudian hari
Suasana CFS waktu short sem memang sangat lengang
Kepada sesiapa yang stres boleh guling-guling atas jalan tar depan AMF sebab tak ada orang
Hidup saya pun agak sepi sikit sebab Aiman yang membekalkan WIFI tak ada
Bab dan Qisha pun tak ada
Geng Sembang pun sibuk memanjang kan?
Subjek untuk sem 2 ni Basic Themes Al Quran dan Sociology and anthropology
BTQ memang ngantuk tapi best sebab pulun habis last minit belajar
SOCA ? pesan saya, sehari sebelum periksa jangan buat benda lain selain belajar.
Tapi, yang buatkan semuanya best sebab saya kenal dengan budak kelas group mana entah (saya lupa nak tanya)
mereka semua sangat Ohsem
Mula-mula tak kenal pun mereka ni.Tapi lepas ikut geng sembang kutip derma untuk Rohingya dengan Syria terus rapat tak semena-mena
Terima kasih juga pada mereka yang benarkan saya ikuti program kutip derma ni.
saya tepekkan gambar mereka sedang tekun berbincang
sebab sertai mereka,
Waktu nilah kenal Miss Dayana yang sekepala.
Tak tahu macam mana boleh mesra sedangakan saya ni pemalu dan pendiam orangnya (sila muntah)
juga kenal kawan-kawan diva divana yang baik-baik sekalian :)
Terima kasih, kalian :)
nisrina, hafiz, solihin, ayin, mira,apish,yus, kak syu, PM, Aziz, recist, dan semualah
penat nak taip semua nama. hahaha
Saya sendiri belum cukup tahu bagaimana hati kita semua boleh tertaut secepat ini, kawan
dengan senyuman kitakah?
dengan cerita-cerita kitakah ?
Jangan kita jadi seperti pelangi, kawan
hadirnya hanya sementara cuma
Tapi, jadilah kita seperti udara
meski tiada di depan mata
tapi kita selalu ada.
Tamat. Sem 2 yang tenat.
1 comment:
terima kasih wafa...sayang awak
Post a Comment