# Jiwa yang tersihir #

Sunday 6 January 2013

Tahun Menjadi Dewasa, Kawan :)

 
 
Ternyata masa terlalu pantas berlari
 Ada banyak kenangan dan pengajaran dari tahun-tahun berikutnya.
wah ! nampaknya saya memulakan entri tahun baru dengan ayat-ayat agak syahdu
Cik Jemah hujung kampung pun dah lama buat entri tahun baru, saya saja yang terhegeh-hegeh menaip ni ha.

Biasalah, waktu short sem yang tenat memang tak mampu nak bercerita
maka blog yang tak ada orang baca ni pun menjadi sawang yang amat dasyat.
Debu berinci-inci 
 
serius, 2012 adalah tahun perubahan yang amat ketara bagi saya
Ada yang sempat dikongsi di blog
Ada yang tak sempat, sendiri-sendiri je la simpan
Tak dapat cucu cicit baca kejadah baik peragai nenek mereka ni.
 
Tak sedar, inilah tahun terakhir menjadi "teen"
Tahun depan dah masuk 20 Tahun.
Jadi, ini tahun saya berazam menjadi matang.
hahaha. Saya tahu tak lawak dan tak ada punchline tetiba gelak tak memasal.
 
Saya mahu jadi orang yang positif dan gila
Saya mahu jadi lebih pendiam (agak biadap bila kawan-kawan gelak geguling dengar azam ni)
 saya mahu memandang kebaikan itu lebih.
Melihat kecantikan dalam diri orang lain.
Memaafkan dan memahami
Saya dah target nak baca 50 buah buku tahun ni
Fasal karya, saya ada perancangan sendiri
 
Ini tahun saya menjadi lebih dewasa, kawan
Tahun saya bertegas dengan diri sendiri.
Tahun menjadi gadis berjiwa besar
 
 
 
 




No comments: