# Jiwa yang tersihir #

Monday 5 November 2012

Travelog Budak Mentah - Hafizul Faiz

 
 
 
 
http://bukuonline2u.com/image/cache/data/Kemilau/buku+travelog+budak+mentah+kemilau+publika-500x500.jpg
 
 
Jujurnya, saya bukanlah sesiapa yang layak untuk memberi sebarang kritikan atau ulasan untuk buku ini. Namun, saya merasakan bahawa  pengalaman saya semasa membaca buku ini 
mungkin boleh dikongsi oleh ramai orang
 
Menguliti Travelog Budak Mentah  hasil tulisan saudara Hafizul Faiz
dari satu helai ke helaian yang lain adalah sesuatu yang mengujakan. Kisah yang diketengahkan mungkin saja pernah dialami oleh banyak orang. Tapi, tak semua yang akan mengambil pengajaran daripadanya.
Saudara Hafizul Faiz melalui tulisannya yang indah dan tulus ini  seolah membawa kita 
duduk di suatu ruang lain. Di sana kita memerhati dan menggali hikmah 
yang tersembunyi pada mata kasar kita.
Coretan pengalamannya berjaya menjentik atau mungkin menyentap rasa imani  manusiawi.
Maka tidak hairanlah sekiranya ada beberapa bahagian dalam buku ini 
yang membuat pembaca menitiskan  air mata sesalan.
Tidak dinafikan bahawa kehidupan sememangnya menguji  jiwa hamba kita yang rapuh.
Kembali berserah diri kepada Allah adalah jalan dan senjata yang paling ampuh.
Kelahiran travelog ini secara tidak langsung telah mengajar saya bahawa tidak perlu tunggu untuk menjadi seorang yang terlalu hebat bagi menyumbangkan sesuatu.
Bukankah nikmat hidup itu adalah memberi dengan sebanyaknya ?
Travelog Budak Mentah adalah buku yang wajar di baca oleh banyak orang
 untuk menggali kembali rasa kehambaan.
Jangan lepaskan peluang anda untuk memiliki buku ini dan rasai sendiri pengalaman itu !
syabas dan tahniah kepada saudara penulis !
 
 

 

3 comments:

Unknown said...

salah satu buku yg saya suka bca.. bnyk m'beri kn sy inpirasi untk mnghdapi hri yg akn dtg..

Wafa Awla said...

iya , saya juga. :)

Unknown said...

assalamualaikum , wawa saya sangat tertarik dengan blog awk , nmpak cantik , boleh awk ajr sya macam mn nak buat blog yang cantik seperti awk , sya mohon pertolongan