# Jiwa yang tersihir #

Friday 23 November 2012

Catatan Di Hujung Maghrib

 
untuk entri kali ini, saya tak punya tema atau aspek khusus untuk diketengahkan.
Hanya santai-santai.
Hanya sekadar bebelan di blog yang dah berhabuk.
Minggu lepas, buat pertama kalinya saya ke Ipoh sendirian dengan menaiki ETS
Hajatnya untuk menghadiri majlis perkahwinan abang dan kakak ( angkat) saya yang merangkap coaches di Legasi Oakheart
http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/18215_493741020656254_1830348000_n.jpg 
 
(gambar yang dicuri tanpa izin)
 
Saya tumpang bermalam dua hari di rumah seorang kakak. Supaya kami dapat pergi majlis bersama-sama.
Saya amat mengagumi keluarga kakak ini. 
 layanan mereka terhadap tetamu, MasyaAllah baik !
mereka akan pastikan kita sangat selesa di rumah mereka.
segan saya dibuatnya
Keluarga ini sangat mengagumkan saya. 
Sekitar jam 7 pagi si ibu akan turun ke dapur membuat sarapan dan kesemua anaknya akan membantu sama. 
Semacam acara gotong- royong.
 Sesekali mereka bergurau mesra. Mengusik dan bercanda
 
semasa di dalam kereta, perbualan yang dibincangnya bukanlah isu remeh
sesekali si ibu atau bapa akan melontarkan soalan atau meminta pandangan daripada anak-anak
Misalnya tentang kemasukan pendatang asing ke Malaysia.
Masa depan negara dan lain-lain.
 
kata si ibu sebelum menghantar kami ke stesen bas 
 
"Kita perlu melangkaui zaman. Buat sesuatu. Jadi seorang yang aktif dan optimis."
Kata-kata ini secara tidak langsung menyusup dalam jiwa saya yang terdalam.
 Kini, saya mengerti kunci anak-anaknya menjadi seorang yang bijak.
Toleransi, motivasi dan rendah hati.
Saya tidak sempat untuk  meluahkan rasa terima kasih yang tak terhingga kepada mereka sekeluarga memandangkan mereka terpaksa bergegas.
Saya menghantar mereka dengan pandangan mata dan doa agar Allah merahmati mereka sekeluarga dengan kasih yang terdalam :)
Amin.
 
memandangkan perancangan saya untuk ke Ipoh tidak sistematik dan tergesa-gesa,
maka saya tak punya bas dari Medan Gopeng ke KL. Maka saya harus ke Tanjung Malin terlebih dahulu. 
 Allah mahu ajak saya bersiar-siar hari itu.
Ipoh yang Indah !
______________________________________
 
 
God only give you the heart,
you fill it in.

~ Rumi
 

No comments: