# Jiwa yang tersihir #

Monday 5 November 2012

Keluar Jendela

 
Dari dalam perut keretapi. Kita melihat keluar jendela.
 
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjvMnzd_LOMP2N4Vryb4h366p_JYOsvX_6fdkip7RoV18J2f6WOIXCaG9JaYmp5_GdDjMTw73H0sw9KodpY6rVtqZgB7S5uHY6GYwkwGrfPf_tX4gc24m8c2CXvrOuZTZjMabQHrN15OM8R/s1600/Oct+2011+-+KL+016.JPG
 
Ada rintik-rintik hujan yang turun. Lalu kitapun didakap dingin
 Dari satu perhentian ke perhentian yang lain 
kita lihat penumpang susut kemudian meningkat lagi
keluar dan masuk. 
datang dan pergi
itulah fenomena  sebelum kita sampai ke akhir destinasi

bagaimana pula kalau tiba-tiba gerabak ini terkandas. Rosak tiba-tiba?
kita tak akan sampai ke hujung destinasi
masa kita tertangguh. 
kita tak akan dapat lihat pandangan yang berbeza yang mungkin lebih indah.

kawan,
beginilah kita diibaratkan
dalam hidup ada susut dan naiknya
meskipun kadangkala kita rasa sangat kebuntuan. Kita temui satu rasa yang sangat mengecewakan
"aku dah usaha, tapi apa pun tak ada. sia-sia"

gerabak kita singgah di suatu perhentian
yang pemandangannya cuma awan gelap.
Itu cuma dari mata kasar kita

kita gali ruang hikmahnya, kawan
ada sesuatu di situ
apa yang kurang? hubungan kita dengan Tuhankah?
atau semua yang kita lakukan adalah tidak ikhlas? hanya sebuah rasa ujub ?
 
teruskan kawan,
manusia boleh menuduhmu apa sahaja
yang menilai jiwa manusia bukan mereka
teruskan perjalananmu kawan hingga ke hujung destinasi
pemandangan yang kau bakal lalui tentu indah belaka.


sila kita percaya bahawa apapun yang terjadi
ada Allah yang selalu disisi
memerhati dan menemani
dalam tawa yang menggelikan hati
juga dalam suatu sendu yang kau tangisi.
 
:)


 

4 comments:

Nur Suhada said...

Kak su suka entri ini. Tiap patah kata yang wafa tuliskan buat akak sebak. Terima kasih wafa. :')

Wafa Awla said...
This comment has been removed by the author.
Wafa Awla said...
This comment has been removed by the author.
Wafa Awla said...
This comment has been removed by the author.