# Jiwa yang tersihir #

Wednesday 31 October 2012

Tanpa Tajuk

 
 
 
 
  https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjAXpAQ7AL-92Jp8OALATPFMBBjNqxZOrIPrPLMRBTuRLlx_FH7yBo1AGePBMv0AyNqaXVEu6al6r07k_g1rhF8I4tdDZZxOInz09uxABVZxuwX5-5KKTLTLhhwx5_HJ175rexXhJK-Dzs/s1600/hujan.jpg
 
"Kita sedang berpura-purakah ? "  Dia memandang saya . Saya tahu dia keliru.
"Kadang perlu"
"Bukankah itu salah ? "
"Kadang perlu jadi pesalah untuk hapuskan masalah"
 
"seperti pernah alami bukan ?"  makin banyak pula soalan yang dia ajukan kepada saya.
saya sudah malas mahu layan. Tapi entah mengapa saya layan juga. Saya memang begitu. Tak faham.
"Iya, sama seperti hari sebelum. Kau pun boleh membacanya? "
tiba-tiba saya rasa , saya perlu teman untuk berborak sama. Maka saya rasa, apa salahnya kalau saya melayannya. Haha. Saya pun sudah ikut jadi keliru rupanya. Sama-sama keliru sepertinya. Gila.
"Iya. Kita semacam sudah boleh mengagak penghujung cerita ini." Dia riang kerana berjaya menebak.
saya bungkam. Seperti mahu menangis rasanya.
Dia mengusap belakang saya.
Saya rasa bertambah  sedih pula.
 
"kerana kita sudah boleh agak penghujungnya, selamatkan keadaan dari sekarang, fa"
kali ini saya memandangnya. Dia senyum pula. Pandangan saya berkaca
 
"Tapi tentu keadaanya tetap tak akan sama, kau apa tahu? "
Saya memarahinya. Ego. Iya, saya ego juga kadangkala.
 
"Pilihlah, fa. Kau tentukan. Mahu selamatkan jalan cerita ini atau kita buka sahaja cerita yang baru. Mahu ? "
saya bingung.
"Kau tahu aku tak pandai memilih" Saya serabut
"Kali ini tiada dalih ! " 
"Mana yang tak sakit ? " tanya saya. Meneguk kopi seketika. Pahit. Tapi cerita ini lebih pahit.
"kedua-duanya sakit, fa. Dua-duanya perit"
"Aku mahu keduanya boleh?"
"boleh"
"bagaimana?"
"kurangkan salah satu"
"itu juga makannya perlu memilihkan ? aduh ! "
"kan aku dah kata tiada dalih !"  dia merenung saya tajam. Saya tak faham-faham. 
"Aku mahu buka cerita baru"
"Iya, aku dah agak. Kau sedih kejap saja kan? Ini namanya dunia, wafa. Mana ada yang sempurna"
saya gelak walaupun tak lawak. 
hei, saya telah memilih untuk buka cerita baru. Tapi, saya perlu selamatkan keadaan juga
dua-dua
"Wafa ! Sentiasa setia  pada mulia ya ! Ada duka, kita bersua !"
jeritnya sebelum hilang dari tubir mata.

Terima kasih, hati.  :')

No comments: