# Jiwa yang tersihir #

Friday 17 August 2012

Hidup sebuah entri kepada diri

 
Hidup.
kalau berbicara tentang hidup
subjeknya adalah perkara yang tidak mati. Sebuah perkara yang masih bernyawa

hidup
kalau mahu bicarakan tentang hidup
semua perkara harus bernyawa. Harus cergas.
kalau lemahpun, tetap juga dipanggil hidup bukan ?
kerana lemah tak bermakna mati.

 
 Hidup yang lemah
adalah zombie ( wau, ala-ala Kampung Pisang gitu~ )
sebuah jasad yang tak berguna

jadi, mahu hidup sebagai manusia atau zombie?
----------------------------------------------------------------------------
 
Saya kerap terfikir belakangan ini. Saya mahu bicarakan tentang hidup
Namun sering saja keliru.
Ah ! saya ternyata gadis yang keliru.
Saya tidak mahu jadi seseorang yang cakap kosong
harus dibuktikan dengan tindakan
Namun, iklim lembik , lemau yang saya lalui kadang mematahkan
sayapun seolah menjadi penghuni gua yang tiap hari lalui iklim yang begitu
 
kerana hidup adalah sesuatu yang bernyawa dan cergas
maka saya sedar bahawa saya harus keluar daripada situ
tentang iklim- Ah ! kita cari saja iklim yang baru
duhai diri,
ini bukan lagi zaman bermenung
ini waktu yang sangat laju
lekas mengejarnya. Ikuti lariannya.

-----------------------------------------


saya tak mahu selamanya lemah
benar.
kalau lemah maknanya belum mati
harus bangun kembali
hidup bukan setakat ini
kita punya negeri abadi.

No comments: